Tuesday, August 3, 2010

ANAK TERENGGANU RANGKUL KASUT EMAS

Bulan Ogos merupakan bulan yang penuh dengan titik-titik perjuangan dan pengorbanan . Dalam bulan yang penuh bermakna ini, kita diperkenalkan lagi oleh seorang wira atau pejuang tanah air yang merupakan anak jati Terengganu.Perancang bola sepak pasukan Terengganu, Mohd. Ashaari Shamsudin telah dipilih selaku pemenang anugerah Kasut Emas  kerana kejayaan beliau menjadi penjaring terbanyak saingan Liga Super musim ini.

Mohd. Ashaari Shamsudin

Ashaari mengesahkan gelaran tersebut selepas merekodkan 18 gol sepanjang 26 perlawa- nan Liga Super musim ini.Kejayaan yang dilakarkan Ashaari itu sekali gus mengetepikan dua pencabar terdekatnya dari Selangor, Safee Sali dan Amirulhadi Zainal yang sekadar berkongsi 12 gol.

Lebih manis, jaringan yang direkodkan Ashaari itu turut membantu Terengganu mengakhiri saingan musim ini ditangga ketiga liga selepas Selangor dan Kelantan terlebih dahulu telah dinobatkan selaku juara dan naib juara.

Pencapaian cemerlang yang ditunjukkan pemain ini sememangnya membanggakan rakyat Terengganu dan beliau wajar dianggap wira atau penjuang tanah air.Sebagai rakyat Terengganu, kite seharusnya mencontohi jejak langkah pemain ini agar dapat manaikkan nama negeri Terengganu yang popular sebagai negeri Sang Penyu.