Friday, April 30, 2010

MASJID KRISTAL SIMBOL KETAMADUNAN ISLAM



Masjid Kristal merupakan antara salah satu tarikan utama negeri Terengganu. Masjid ini terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.



Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.






Masjid ini telah dibina daripada kaca dan keluli, ia juga merupakan masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Projek pembinaan ini telah melibatkan 34 kontraktor tempatan sementara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu bertanggungjawab memantaunya. Bahan asas adalah bahan tempatan dan kira-kira 65% adalah pakar tempatan dan selebihnya adalah pakar pertukangan luar Negara



Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.



Oleh itu, apabila berkunjung ke negeri Terengganu, khasnya kepada mereka yang bermusafir pastikan destinasi Pulau Wan Man menjadi destinasi persinggahan kita yang utama untuk singgah menunaikan solat kerana di sini terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Kristal yang amat unik pembinaannya untuk kita lawati.

KEUNIKAN SONGKET TERENGGANU


Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan.



Kain Songket telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau dan hanya dipakai oleh golongan bangsawan, keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar



Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

PROSES PEMBUATAN SONGKET



Mencelup benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

Melerai benang

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

Menggulung

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

Mengarak benang

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Menyongket benang

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.

Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.



Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan peredaran masa. Suasana yang melatari songket kini turut berubah selaras dengan peredaran masa.


Kini, usaha untuk memastikan kesinambungan industri songket masih berterusan dan secara relatifnya berjaya mencapai tahap yang memuaskan sehingga songket semakin popular digunakan sebagai busana majlis perkahwinan, hantaran perkahwinan, cenderahati dan hiasan dinding.

Jadi, kepada mereka yang meminati seni kreatif dan gemar menggayakan pakaian,jadikanlah kain songket sebagai elemen penting untuk digunakan,samaada sebagai pakaian,hiasan rumah atau hadiah.Keaslian songket hanya boleh didapati di negeri Terengganu, oleh itu marilah beramai-ramai kita ke sana untuk mendapatkannya.

Thursday, April 29, 2010

KOLEKSI CERITA PENGAJARANG


LAWAK ORANG GANU


Pade beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barul! ah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilihtu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih. Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!)... ... ..

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".

Sampuk pulak kawan yang kedue ni... . "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".

Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun... . Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe... . Bukangnye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control ma! cho lagi".

Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kaw ang kite yang pertame ni pun dipanggil.

Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi ".. awang nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye... . pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu na! pok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh seluar mu tu. kalu die tanye, mu selok la sikit seluar mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".

Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil... . Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok seluar aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi".

Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku p! ong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".

Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh seluar mu tu macang aku buat nih"

Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?

Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel su! ke sampai kang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang... ... ... ... ... ... "Datuk Calvin Klien".

Rupe-rupenye mase interbiuw tadi die salah selak seluar.Die tulih kat sebeloh kanan gie tengok sebelah kiri, jadi die pon terbace la name jename seluar tu. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu... ..Gitulah cerite nye... . spang kederang sunggoh!!!


Pengajarangnye bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!

OH HOI ! CEK MEK MOLEK



Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di negeri Terengganu.Selain amat popular di negeri Terengganu kuih ini juga telah dipopularkan oleh Datuk M.Daud Kilau apabila beliau menjadikan "Cek Mek Molek" sebagai judul lagunya.Lagu ini menjadi salah satu lagu yang telah menaikkan nama beliau sebagai penghibur tanah air.

Kuih Cek mek molek digelar sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan licin - molek. Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Sekiranya tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya mudah tumpah atau memancut.Kuih ini sesuai dimakan pada waktu pagi mahupun petang.Di bawah ini saya ada selitkan tip membuat kuih tradisi turun-temurun masyarakat terengganu ini...




Bahan-Bahan:
  • Ubi keledek
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Air minyak (untuk mengoreng)
  • Gula


Cara:

1. Rebuskan ubi keledek dengan sedikit garam sehingga lempuk.
2. Buangkan airnya dan lenyek sehingga lumat.
3. Gaulkan dengan tepung gandum.
4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir dalamnya dan bentukkan memanjang supaya nampak bujur.
5. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga kekuningan.
6. Angkat kueh dan toskan minyak. Hidangkan....Selamat menjamu!!!

Wednesday, April 28, 2010

BAS BANDAR UKIRAN KAYU


Adakah anda pernah melihat bas yang diperbuat daripada ukiran kayu? Jika pernah, adakah anda pernah menaikinya atau mencubanya? Bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar yang penuh sesak dengan berbagai jenis kenderaan awam, mungkin juga tidak pernah melihat kenderaan yang sangat unik ini.Namun Jika ke Kuala Terengganu inilah kenderan awam yang disediakan untuk membawa kita ke destinasi sekitar daerah ini...

Pada 27 Ogos 2007 yang lalu, sejajar dengan pembangunan di Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar raya, perkhidmatan bas dikenali sebagai Bas Bandar yang diperkenalkan bagi meningkatkan industri pelancongan.


 Tarikan utama pelancong di sini.



Bentuk dalaman yang selesa dan unik


Perkhidmatan bas kendalian Cas Ligas Sdn. Bhd., anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PMINT) bukan sahaja akan menjadi tarikan pelancong namun berkhidmat sebagai pengangkutan awam alternatif untuk penduduk.

Tambang sebanyak RM1 dikenakan untuk laluan dari pusat bandar ke Chendering dan laluan ke TTI manakala RM2 untuk perjalanan ke Batu 6 sehingga Gong Badak.Untuk laluan ke Batu 6 sehingga Gong Badak, bas akan singgah di Pulau Duyong dengan caj tambang RM1 dan jika penumpang hendak ke Batu 6 atau Gong Badak, mereka perlu bayar RM1 lagi.Perkhidmatan turut mengenakan caj serupa ke atas penumpang yang berusia 7 tahun ke atas.

Pada awal penubuhan perkhidmatan ini terdapat enam buah bas bandar disediakan dan jika mendapat sambutan, kenderaan itu mungkin ditambah pada masa akan datang demi kemudahan dan keselesaan orang awam.

Setiap laluan akan membabitkan enam trip pada setiap hari mulai pukul 9 pagi hingga 7 malam untuk laluan ke Chendering dan Gong Badak dan dari pukul 11 pagi hingga 4.30 petang untuk ke TTI. Setiap bandar juga akan dilengkapi dengan Electronic Ticketing Machine bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai untuk membayar tambang perjalanan.Sistem itu adalah yang pertama diperkenalkan oleh syarikat bas di negeri ini dimana fungsi dan penggunaannya adalah sama seperti yang digunakan oleh syarikat bas besar dan terkenal seperti RapidKL, Mara Liner, Nadi Putra dan sebagainya.

Dalam pada itu kira-kira RM250,000 diperuntukkan untuk membina 50 hentian bas di sekitar laluan-laluan pengangkutan awam tersebut.Hentian bas ini akan turut menyediakan panduan kepada laluan bas dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi memudahkan orang awam serta pelancong.Selain itu,maklumat pelancongan seperti risalah mengenai tempat menarik dan destinasi pelancongan termasuk inap desa di dalam bas untuk pelancong di negeri ini juga disediakan.

Bas bandar di Kuala Terengganu


Pengalaman menaiki sebuah bas yang diperbuat daripada ukiran kayu merupakan suatu pengalaman yang cukup berharga.Bukan mudah untuk kita dapat melihat dan menaiki bas yang diperbuat daripada ukiran kayu pada zaman yang serba canggih ini.Oleh itu marilah kita sama-sama ke Kuala Terengganu, kerana di sinilah satu-satunya tempat untuk kita merasai keunikan bas ukiran kayu ini.....Bye2..

Tuesday, April 27, 2010

KEROPOK MAKANAN TRADISIONAL NEGERI TERENGGANU



Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.



Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.



Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

JUADAH - IKAN MASAK SINGGANG

Emm...enak sungguh masak ikan singgang.Rugi pula rasanya jika saya tak berkongsi dengan anda resepi yang sungguh istimewa ini. Kata orang ilmu mestilah dikongsi bersama.Oleh itu, pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda satu masakan yang enak dari negeri Terengganu.



Ikan tongkol masak singgang


Bahan-bahan:
  •  Beberapa ekor ikan Aya, tongkol atau ikan Kembong(Daging pun boleh)
  •  Beberapa ulas Lengkuas( dipotong halus)
  •  kunyit hidup atau satu sudu kecil serbuk kunyit
  •  Beberapa ulas bawang merah
  •  Beberapa ulas bawang putih
  •  Beberapa keping asam gelugor
  •  Cili hidup (dipatahkan)
  •  Secubit garam
  •  Air secukupnya

Cara-cara:

panaskan periuk yang diisi air, kemudian masukkan terus ikan,lengkuas, bawang merah, bawang putih,garam, asam keping, lada kecil dan kunyit.Boleh ditambah gula jika sukakan rasa lebih manis.Tunggu sampai ikan masak dan hidangkan.

 

Ikan masak singgang bersama budu dan ulam


Kalau nak lagi sedap, makan sekali bersama ulam-ulam dan budu..Terangkat..hehehe...Bye2, selamat mencuba.

Monday, April 26, 2010

RANTAU ABANG LOKASI SPESIS PENYU



Rantau Abang merupakan salah satu destinasi perlancongan yang menarik di negeri Terengganu, ia terletak kira-kira 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu. Di sini, pelawat boleh menunggu dari tengah malam hingga ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. Penyu-penyu ini merangkak perlahan-lahan di pasir putih untuk bertelur, meninggalkan gambaran yang tidak mungkin dapat dilupakan pelawat.



Penyu raksasa ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan kadangkala seberat lebih dari 375kg. Rantau Abang ialah salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu ini dari bulan Mei hingga September.



Penyu dan telur penyu ini adalah dilindungi. Telur penyu dikesan dan dialihkan oleh ahli sains ke pusat inkubator di mana persekitarannya akan dikawal bagi menentukan jantina penyu yang menetas sebagai usaha agar spesis ini terus wujud.




Dalam usaha untuk memelihara spesis ini, pihak kerajaan negeri Terengganu telah membina sebuah Pusat Penerangan Penyu.Pusat ini terletak di Rantau Abang.Di sini pelawat akan diberi penerangan tentang spesis penyu secara terperinci oleh pegawai yang bertugas.



Kewujudan batu berbentuk penyu di sini juga menjadi salah satu tarikan utama pelancong. Ia adalah susunan beberapa ketul batu yang tak ubah seperti penyu sedang bertelur.“Dulu, batu yang dipanggil Batu Penyu ini amat popular di kalangan pelancong. Mengikut cerita orang tua-tua, batu itu terjadi kerana seekor penyu gagal kembali ke laut kerana mengambil masa terlalu lama untuk bertelur. Mengikut kata orang di tempatan, kewujudan batu itu membuatkan banyak penyu lain menuju ke Rantau Abang untuk bertelur.



Rantau Abang merupakan satu destinasi perlancongan yang amat menarik.Di sini, kita bukan sahaja dapat menikmati pemandangan yang indah serta menghidup udara yang segar, namun kita juga dapat melihat suatu spesis yang amat unik dan di Malaysia ia hanya terdapat di sini iaitu spesis penyu.Oleh itu, marilah bersama-sama kita menjadikan destinasi ini sebagai salah satu destinasi impian untuk diterokai.

KISAH DONGENG PENYU DAN ANGSA

Di sebuah pulau, seekor penyu berkawan baik dengan dua ekor angsa. Pada suatu ketika, pulau tersebut telah tercemar akibat sikap tidak bertanggungjawab manusia yang mencemarkan kebersihan pulau tersebut.Banyak ikan mati serta terumbu karang yang menjadi tempat penyu mencari makan dan bermain telah musnah.

Angsa mengajak penyu berpindah tetapi penyu berasa susah hati kerana dia tidak boleh terbang.

Angsa mencadangkan kepada penyu supaya mengigit sebatang kayu dan angsa akan membawa penyu dengan kayu tersebut. Angsa juga berpesan supaya penyu tidak boleh sama sekali membuka mulutnya.

Penyu berjanji akan patuh kepada permintaan angsa dan apabila mereka bersedia, angsa pun menerbangkan penyu merentasi hutan, merentasi sungai sehinggalah mereka tiba di sebuah pulau yang sangat indah.

Penyu merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh rendah bersorak kehairanan.

“Penyu boleh terbang? Tengok tu…penyu boleh terbang! Penyu boleh terbang….!

Kerana terlalu gembira, penyu terlupa pesanan angsa lalu membuka mulutnya ingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang.

Tiba-tiba penyu tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang dibawa oleh angsa.

Setelah melayang-layang di udara, dia jatuh terhempas di bumi. Cengkerangnya retak dan kakinya cedera. Sejak peristiwa itulah kulit penyu kelihatan retak di sana sini..


Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena-mengena di antara yang hidup mahupun yang telah mati...Semoga anda terhibur...

Sunday, April 25, 2010

BANDAR RAYA KUALA TERENGGANU

Diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi bandar raya diraja negeri Terengganu Darul Iman pada 1 Januari 2008 yang lalu.Bandar raya Kuala Terengganu, terletak kira-kira 500 kilometer di timur laut Kuala Lumpur dan mengadap Laut China Selatan.

Bandaraya Kuala Terengganu 


Bandar raya ini mempunyai jumlah penduduk seramai 357,256 pada tahun 2007 dan mencatitkan peningkatan pada tahun ini pada kadar seramai 406,317.Peningkatan ini menggambarkan betapa meriah dan menariknya lokasi ini sehinggakan ramai orang menetap di sana.Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya.


PELANCONGAN

>>Terengganu merupakan antara bandar pelancongan popular dan hotelnya mencatatkan kadar penginapan yang tinggi sepanjang tahun.

>>Sekiranya anda berkunjung ke sini,jangan lepaskan peluang untuk melawat lokasi-lokasi menarik yang tersedia seperti Wisma Darul Iman, Kampung Cina, Pasar Payang, Istana, Muzium Negeri, Pulau Duyong dan Kompleks Kraf Noor Arfa.

>>Kuala Terengganu terkenal dengan kraf tangannya, terutama songket dan ukiran tembaga. Produk kraftangan Terengganu menjadi koleksi ekslusif di seluruh dunia.

>>Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayaan seperti tarian ulik mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar, permainan gasing.

>>Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa.

>>Pantai dan Pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, pantai Batu Burok, Telok Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.

Bandar raya Terengganu semakin lama semakin berkembang pesat.Kewujudan bandar raya ini merupakan nadi pentadbiran bagi negeri Terengganu.Ia telah membawa perubahan yang amat besar sama ada dari segi percambahan ekonomi,kepadatan penduduk dan seterusnya akan membawa kepada  perubahan taraf hidup rakyat  Terengganu sendiri.Dalam  usaha  memajukan sesebuah negeri,peranan semua orang tidak kira golongan rakyat jelata mahupun pemimpim amatlah penting.Oleh itu marilah kite berganding bahu bagi memajukan negeri tercinta kite ini...Bye2.

ISTANA NEGERI TERENGGANU

ISTANA MAZIAH



Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan Terengganu.Terletak berhampiran Bukit Puteri, kira-kira 200 meter dari gigi air sungai Kuala Terengganu. Di istana inilah upacara rasmi negeri diadakan seperti istiadat pertabalan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri.

ISTANA NUR NADHIRAH

Setakat yang diketahui, istana ini telah didirikan pada tahun 1920-an isitu selepas termeterainya perjanjian Terengganu-Inggeris pada tahun 1919 yang antara lain kandungannya mengkehendaki Kerajaan Terengganu menyediakan sebuah rumah sebagai kediaman rasmi Penasihat Inggeris.
Semasa pemerintahan Jepun, istana ini dijadikan tempat kediaman Gabenornya Shuchiji Khaka ( Shu Chokan Kakha ) manakala semasa pemerintahan Siam pula ia telah dijadikan tempat kediaman Gabenornya. Selepas Perang Dunia Kedua, istana ini dijadikan tempat tinggal Penasihat Inggeris sehingga Disember 1956.
Apabila negara mencapai kemerdekaan, istana ini menjadi tempat kediaman rasmi Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu. Istana ini telah ditukar namanya kepada Istana Nur Nadhirah pada tahun 1998.




ISTANA BADARIAH



Didirikan pada hari Isnin, 22 Januari 1940 ( 12 Zulhijjah 1358H ) pada jam 8.00 pagi. Istana ini dibina di atas tanah Lot No.41 di Padang Seri Negara Mukim Batu Buruk seluas 41.844 ekar ( 16.933 hektar ).
Istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah iaitu Sultan Terengganu ke-13 ( 1920 - 1942 ). Walau bagaimanapn, baginda tidak sempat bersemayam di istana ini kerana mangkat terlebih awal. Namun demikian, jenazah Al-Marhum telah dibawa dari istana ini pada hari kemangkatan baginda.

SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN


Pentadbir Tanah Daerah. Duli Yang Maha Mulia telah dilantik sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mulai 1 Jun 1991 hingga Disember 1995.


Duli Yang Maha Mulia telah berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Nur Zahirah pada 28 Mac 1996 di Kuala Terengganu dan dikurniakan seorang puteri Yang Riwayat Hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhun Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Sultan Terengganu Ke-16

Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah diputerakan pada 22 Januari 1962 di bandar Kuala Terengganu.

Duli Yang Maha Mulia telah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Duli Yang Maha Mulia kemudian berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di Geelongs Grammar di Melbourne, Australia. Duli Yang Maha Mulia menamatkan pengajian di Universiti U.S. Interntional University-Europe di London dan mendapat ijazah Bachelors of Arts Degree dalam jurusan Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988.

Duli Yang Maha Mulia telah mengikuti kursus tentera PRE SMC ( E ) 33 di Army School of Languages pada 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983. Baginda seterusnya mengikuti kursus Pegawai Kadet tentera SMC 33 di Royal Military Academy, Sandhust, England pada 3 Mei 1983 hingga 9 Disember 1983. Duli Yang Maha Mulia telah ditauliahkan pangkat Leftenan Kehormat pada 1 Mac 1984 dan berkhidmat dalam Kor Kavalri Diraja.

Duli Yang Maha Mulia telah dilantik sebagai Yang DiPertuan Muda bagi Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979 dan menjadi pemangku Sultan Terengganu bagi kali pertama pada 20 Oktober 1990 sehingga 8 November 1990.

Duli Yang Maha Mulia telah dilantik sebagai penolong pemungut hasil tanah pada 15 September 1981. Duli Yang Maha Mulia sempat berkhidmat selama setahun di Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu sebelum berangkat ke luar negara untuk mengikuti kursus tentera di England. Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Tadbir Negeri pada 11 Julai 1988 dan ditempatkan di Unit Perancang Ekonomi Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Selain bertugas di UPEN, Duli Yang Maha Mulia juga bertugas di Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu sebagai Penolong Amat Mulia Tengku Nadhirah Zaharah; diputerakan pada 18 Disember 1996 dan seorang putera Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Ismail; diputerakan pada 1 Mac 1998.

Dengan kehendak Allah Yang Maha Berkuasa, pada 15 Mei 1998 bersamaan 18 Muharram 1419, Duli Yang Maha Mulia telah di masyhurkan sebagai Sultan yang memerintah bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya. Duli Yang Maha Mulia telah dianugerahkan dengan bintang kebesaran Darjah Utama Kerabat Terengganu (D.K.T.) pada 15 Mei 1998, Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah yang Pertama (D.K.) pada 9 Mac 1981. Bintang-bintang darjah kebesaran yang lain yang dianugerahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan ialah Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T) pada 12 Febuari 1989, Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (S.P.M.T.) pada 6 Mac 1982, Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalulail (D.K.) pada 28 Mei 1998, Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (D.K.) dan Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada 8 April 1986. Duli Yang Maha Mulia telah dianugerahkan dengan bintang kebesaran Darjah Seri Mahkota Negara (DMN) pada 27 Febuari 1999. Kegemaran Duli Yang Maha Mulia ialah bermain golf, bola sepak dan scuba diving.

video

SEJARAH RINGKAS NEGERI TERENGGANU

Kesultanan Sultan Teregganu
• 1708 - 1733: Tun Zainal Abidin
• 1733 - 1794: Sultan Mansur I
• 1794 - 1808: Sultan Zainal Abidin II
• 1808 - 1830: Sultan Ahmad
• 1830: Sultan Abdul Rahman
• 1830 - 1831: Sultan Daud
• 1831 - 1837: Sultan Mansur II
• 1837 - 1839: Sultan Muhammad
• 1839 - 1876: Baginda Omar
• 1876 - 1881: Sultan Ahmad Shah II
• 1881 - 1918: Sultan Zainal Abidin III, putera Sultan Ahmad Shah II ;
• 1918 - 1920: Sultan Muhammad Shah II
• 1920 - 1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
• 1942 - 1945: Tengku Ali
• 1945 - 1979: Sultan Ismail Nasaruddin Shah
• 1979 - 1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
• 1998 - kini: Sultan Mizan Zainal Abidin

Thursday, April 22, 2010

LOKASI TERENGGANU

KENALI TERENGGANU

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan, manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.

Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar atau 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu ; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut Dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu Dan Besut. Kemudiannya pada 1 januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan ketujuh di negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini di tadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut : Kuala Terengganu,60,654.3 hektar ; Kemaman, 253,559.9 hektar ; Dungun, 273,503.1 hektar ; Marang, 66,654.3 hektar ; Hulu Terengganu, 387,462.6 hektar ; Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar.Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi di negeri Terengganu ialah perikanan serta hasil petrolium yang menguatkan lagi ekonomi negeri.