Tuesday, August 31, 2010

PEMANGKU RAJA TERENGGANU

Pada khamis yang lepas iaitu tanggal 28 ogos 2010.Tengku Muhammad Ismail iaitu anakanda baginda Sultan Mizan Sultan Terengganu telah diperkenan untuk dimasyurkan sebagai pemangku Raja Terengganu.


Pemangku Raja Terengganu




Pemasyhuran Tengku Muhammad Ismail, 13, selepas baginda mukallaf iaitu boleh menjalankan tanggungjawabnya sendiri sepanjang Sultan Mizan Zainal Abidin menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini, Tengku Muhammad Ismail adalah Pemangku Raja Terengganu dengan pemerintahan kerajaan negeri adalah di bawah Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.


Istiadat watikah perlantikan ini telah berlangsung semalam,30 ogos 2010 di Istana Maziah,Kuala Terengganu.Watikah pemasyhuran itu telah dibacakan oleh Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud yang disaksikan oleh Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah.


Memandangkan Pemangku Raja Terengganu akan berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, maka Sultan Terengganu berkenan melantik Majlis Perwakilan Pemangku Raja bagi menjalankan kewajipan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang kerajaan negeri Terengganu.Tiga orang yang dilantik sebagai Majlis Perwakilan Pemangku Raja itu ialah Tengku Sri Bendahara, Raja Tengku Mustafa Kamel Sultan Mahmud; Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.


Dalam istiadat yang telah berlangsung itu, baginda sempat memberi ucapan bagi mengingatkan bahawa perpaduan di kalangan pemimpin, kakitangan kerajaan dan rakyat adalah sangat penting untuk merealisasikan agenda pembangunan negeri.Oleh itu, sebagai rakyat Terengganu sama-samalah kita menigkatkan perpaduan tanpa mengira pangkat,warna kulit dan agama bagi merelisasikan hasrat baginda, kearah kebaikan bersama...