Tuesday, August 24, 2010

LAYAR WARISAN DUYONG

Pulau Duyong merupakan sebuah pulau yang mempunyai panorama yang sangat indah dan permai.Lokasi ini amatlah sesuai dijadikan tempat bersantai dan berkelah bersama keluarga hendaknya.Namun, disebalik keindahannya tersingkap seribu rahsia yang mungkin kita tidak ketahui iaitu di sini terdapatnya Perusahaan Membuat Bot Warisan.

Kapal layar warisan

Dalam perusahaan ini, nama Abdullah Muda iaitu anak jati Terengganu, gah dalam ‘dunia’ dan kelasnya yang tersendiri terutama dalam bidang pembuatan bot dan kapal layar.Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Haji Lah,amat terkenal dikalangan peminat kapal layar.


Haji Lah

Abdullah telah menceburi bidang pembuatan kapal layar ini sejak tahun 1958 lagi.Kini beliau telah berjaya menghasilkan puluhan kapal layar selain bot kecil untuk nelayan.Kira-kira 30 buah kapal layar telah beliau hasilkan. Itu tidak termasuk bilangan kolek payang yang dibinanya untuk kerajaan Pusat di Putrajaya.Begitu juga kolek payang untuk kerajaan Terengganu yang setiap sebuah berharga antara RM800,000 hingga RM1.1 juta.Bagi kapal layar pula, ada yang dijual pada harga RM4 juta sebuah.


proses pembuatan kapal layar

Keunikan reka bentuk berasaskan nilai warisan dan tradisional tempatan merupakan faktor utama kapal layar buatan Abdullah terus mendapat perhatian penggemarnya.Keistimewaan kapal-kapal layar yang dihasilkan Haji Lah ialah ia diperbuat tanpa menggunakan paku. Sebaliknya menggunakan skru dan kaedah pasak kayu.Elemen itu diutamakan bagi menjamin kualitinya agar lebih tahan lama. Ia juga untuk mengelak kekaratan sehingga mengundang kebocoran pada kapal.

Kehebatan dan keistimewaan Haji Lah terus menjadi tumpuan dunia. Beberapa negara antaranya Ausralia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Perancis telah menzahirkan minat mereka untuk membuat tempahan kapal layarnya.


 Kampung Pulau Duyong

Walaupun hanya seorang anaknya sahaja yang mengikut jejak langkah beliau,namun Abdullah tetap berbangga dan tidak pernah risau akan kepupusan ilmu kepakaran peninggalan keluarganya itu.Baginya, usaha pelbagai pihak menganjurkan program atau membuka ruang serta peluang untuk melatih golongan muda mengenai kepakaran itu sudah cukup bagi menjamin ilmu yang beliau warisi itu terus kekal zaman berzaman.

Kepakaran yang dimiliki oleh Haji Lah iaitu dalam pembuatan bot dan kapal layar telah menaikkan populariti beliau selain telah menarik lebih ramai pelancong samaada dalam mahupun luar negara untuk datang ke Pulau Duyung.Kepakaran beliau ini perlulah kite hargai dan pelajari agar ia akan kekal sepanjang zaman...Bye2.