Thursday, September 23, 2010

SELAMI AKTIVITI SCUBA

Eh-Eh-Eh.Seronakkan jika dapat menyelam pada hari panas nie?Pasti ia akan membuatkan kita berasa nyaman ,segar, dan tenang , tambahan pula jika menyelam di dasar laut yang amat cantik permandangannya.Ooo...Nak tau Jom !!!


 WIKI 

SCUBA adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri).Selaman scuba adalah aktiviti bawah air yang dilakukan dengan menggunakan peralatan yang dipakai oleh penyelam, yang membekalkan bekalan udara dan dengan itu membenarkan penyelam kekal lama bawah air untuk tempoh masa yang lama.


PERALATAN SCUBA:
  
 
  • Aqua-Lung - sistem yang terdiri dari tangki atau silinder menyelam yang mengandungi gas pernafasan bertekanan tinggi yang bersambung dengan penyelia selaman (diving regulator) yang membekalkan penyelam dengan gas pada tekanan yang sesuai untuk pernafasan pada kedalaman penyelam. Jenis peralatan SKUBA ini dikenali sebagai 'litar terbuka' kerana gas hembusan dibebaskan pada persekitaran 

     

    • Pengitar nafas - membekalkan penyelam dengan gas pernafasan daripada silinder menyelam dan penyelia selaman tetapi mempunyai mekanisma lain yang mengitar semula gas hembusan dengan selamat. Jenis peralatan SCUBA ini dikenali sebagai 'litar tutup'. Penggunaan gas secara ekonomi membenarkan penyelam masa yang lebih panjang berbanding peralatan 'litar terbuka'. 

        Melihat sendiri kehidupan dasar laut


        Menerusi aktiviti scuba, peserta dapat merasai keseronokan dengan melakukan aktiviti itu dan berpeluang melihat sendiri kepelbagaian hidupan laut.Menariknya, kita juga dapat melihat sendiri terumbu karang yang menjadi habitat kepada lebih 55 spesies karangan laut dan lebih 100 spesies ikan yang masih wujud di perairan Terengganu.

        Terumbu karang


        Perairan pulau-pulau di Terengganu cukup terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti sama ada terumbu karang keras dan lembut termasuk ´gorgonion´, akar bahar, batu karang hitam, ´staghorn´, ´hyroid´ dan terumbu karang hap.


        scuba div


         Pengalaman bersama kehidupan di dasar laut merupakan satu pengalaman yang cukup menarik dan berharga.Amat rugi sekiranya kita tidak dapat merasainya dan melihat sendiri keindahan dan panorama indah dasar laut tatkala kita berkunjung ke pulau-pulau.Aktiviti ini turut memberi peluang kepada kita untuk mendekati dan menghayati hidupan laut itu dengan lebih dekat terutama terumbu karang.Oleh itu tunggu apa lagi Jom kite diving.


        Wednesday, September 22, 2010

        KESENIAN - MUZIUM TERENGGANU

        Muzium memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara.selain itu, muzium juga berperanan sebagai gedung khazanah sejarah dan budaya negara.Muzium Terengganu yang terletak di Bukit Losong,Kuala Terengganu, telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976 dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976, berkuatkuasa pada 1 November 1977.


        Rekabentuk Muzium ini telah diilhamkan oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah.Objektif rupabentuk adalah lebih menjurus kepada cita-cita untuk mewujudkan sebuah bangunan yang dapat menggambarkan senibina Melayu tempatan.

        Berkunjung ke muzium mampu membuka minda kite terhadap sejarah lampau, serta mengingatkan kite kembali tentang jasa dan pengorbanan pahlawan-pahlawan dahulu dalam mempertahankan tanah air.Di sinilah tempatrnya  kite dapat mendidik diri kite serta anak-anak mengenai betapa pentingnya memelihara maruah,bangsa dan kemerdekaan negara.Justeru itu, berbagai program telah dirangka oleh pihak Muzium samaada pameran bergerak seperti ke sekolah-sekolah, memberi ceramah, seminar dan lain-lain.Jadi ambillah peluang dan ruang yang disediakan ini dengan sebaik mungkin.


        WAKTU OPERASI

        Hari Sabtu hingga Khamis
        - Jam 9.00 pagi - 5.00 petang

        Hari Jumaat
        - Jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari
        - Jam 3.00 petang - 5.00 petang

        Hari Kelepasan Am
        - Jam 9.00 pagi - 5.00 petang

        Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
        - Ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja


        PETA


        PENGANGKUTAN

        Bas: Dari Perhentian Bas Kuala Terengganu (Muzium/Losong) 15 minit. Dewasa dan kanak-kanak RM0.60. Teksi: Dari Perhentian Teksi Kuala Terengganu(10 minit),RM7.00. Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (15 minit),RM20.00.

        Tuesday, September 21, 2010

        SANUBARI BERSAMA BURUNG WALIT

        Kepulauan yang berada dipersisiran pantai Negeri Terengganu sememangnya kaya dengan faunanya. Khususnya burung layang-layang laut yang lebih dikenali sebagai burung walit. Tanpa kita sedari, sebenarnya kesemua pulau-pulau di Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut telah dikenalpasti dengan kehidupan fauna burung walit ini. Kedapatan burung walit ini tentunya mempunyai daya tarikan pelancong yang terdiri dari peminat-burung walit samada mereka yang bergiat dengan membudidaya walit secara artificial yang ingin mempelajari secara langsung habitat asli burung walit di gua-gua yang terdapat dikepulauan tersebut.


        :Burung Walit


        KENALI BURUNG WALIT

        Burung Walit merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini mempunyai kuku mencengkam yang kuat. Burung ini cekap berterbangan di udara ( areal ability ) dan saiz burung Walit adalah kecil. Ukuran panjangnya adalah 13sm dan yang terkecil 7.5sm. burung Walit berkelompok besar dan suka pada kawasan di mana ada banyak cerok-cerok bukit dan gua. Ia membiak di dalam gua atau premis yang berkeadaan seakan-akan gua. Sesetengah spesis ini menggunakan ekolokasi ( echolocation ) seumpama kelawar, untuk terbang ( navigate ) dalam gelap.


        :Sarang burung Walit

        Sarang burung Walit berharga dan diterokai sebab ianya mengandungi sedikit sahaja bulu atau bahan yang tidak boleh dimakan. Tuaian berjuta-juta ringgit dihasilkan setiap tahun di Malaysia daripada beberapa buah premis penternakan burung Walit.Di Terengganu, kerja-kerja pembinaan sangkar untuk 8 unit bagunan burung walet sedang rancak dijalankan.Ini merupakan antara usaha bagi menggiatkan lagi aktiviti berasaskan burung ini.


        :Sekumpulan Walit beterbangan

        Kewujudan burung walit di pulau-pulau negeri Terengganu memang memberi banyak manfaat samaada sebagai salah satu sumber pendapatan negara mahupun, sebagai mempopularkan negeri terengganu kepada peminat burung walit di seluruh dunia.Usaha memelihara habitat ini dan meningkatkan sumber ekonomi berasaskan burung walit merupakan usaha kite bersama. Oleh itu, Jom sama kite melibatkan diri untuk kepentingan bersama...Bye2.

        Monday, September 20, 2010

        ENAKNYE - ROJAK CERANANG

        Hai ape kabo semua?Harap sihat belake yek.Dalam bulan raya nie saya nak bagitau kat anda tentang makanan istimewa Terengganu pule,maklumlah setelah sebulan menjalani ibadat puasa tentu semue nak merasai makanan yang enak-enak bukan?Sebut tentang makanan yang enak-enak tentulah Terengganu lokasinye.Oleh itu Jom kite!!!




        Ceranang atau rojak ceranang merupakan Sejenis hidangan tradisional yang amat popular di Terengganu. Dihasilkan daripada campuran sayur-sayuran yang dihidangkan dengan kuah kacang pedas yang pekat.

        Bahan-bahan celur yang biasa digunakan adalah taugeh, kacang panjang, kangkung, tahu goreng, mee kuning (dicelur), telur rebus, dan timun yang dipotong-potong.




        Bahannya untuk kuah rojak:
        • 2-3 s/b asam jawa (diramas dalam semangguk air)-bergantung
        • 1 inci belacan
        • 2 s/b lada kisar (ikut kepedasan)
        • nisan/gula merah secukupnya
        • 1/2 cwn kacang tanah yg digoreng kemudian dikisar halus

        Caranya:
        1. Masak lada kisar, air asam jawa, belacan dan gula merah sehingga mendidih. Padam api.
        2. Gaul bersama ngan kacang kisar.
        3. Siram diatas mee kuning, telur, timun dan bahan celur. hidang n makang..

        Selamat mencuba...

        Sunday, September 19, 2010

        HARI MALAYSIA

        Pada tanggal 16 september yang lalu, satu lagi peristiwa bersejarah telah berlaku iaitu pengumuman sambutan 'Hari Malaysia' oleh Perdana menteri,Datuk Seri Najib Razak. Sambutan ini akan diraikan pada 16 September setiap tahun dan hari ini juga akan diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.




        Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

        Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.

        Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.



        Menurut  Perdana Menteri, perpaduan nasional amatlah penting untuk menjadikan negara kite lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020 yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek.