Wednesday, September 8, 2010

NOSTALGIA MENYAMBUT SYAWAL

Bila menyebut tentang Hari Raya teringat kita tentang nostalgia dan kenangan-kenangan lampau sewaktu kanak-kanak berhari raya.Pada ketika itu bagi mereka yang tinggal di kampung sudah pasti,akan memasang pelita di deretan rumah dan di sepanjang jalan dari sebuah rumah ke rumah yang lain.Tradisi ini kebiasaannya akan bermula seminggu sebelum menyambut 1syawal.




Menurut kebudayaan melayu tradisi memasang pelita adalah bertujuan untuk menyerikan suasana dan memeriahkan hari raya.Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyampaikan message pada orang kampung, bahawa raya dah nak dekat puasa dah nak habis.Sememangnya menjadi lumrah orang melayu  menyampaikan message penuh dengan kesenian.




Kampung Tepoh, Terengganu, bagi memelihara tradisi ini Kerajaan Negeri Terengganu & Muzium Negeri Terengganu telah menganjurkan satu pertandingan Hiasan Pelita Raya.Dalam pertandingan ini semua rakyat Kampung Tepoh digalakkan mengambil bahagian dan bersama-sama menjayakan Pertandingan ini




Pada malam hari gemerlapan pelita yang dipasang kelihatan amatlah cantik hatta akan memeriahkan suasana di kampung-kampung.Kenangan menyaksikan keindahan gemerlapan pelita hanya dapat kita rasai setahun sekali iaitu bila menjelangnya bulan Syawal.Oleh itu, bagi memulihara tradisi ini, agar dapat dirasai hingga ke anak cucu kita nanti, marilah kita sama-sama mengekalkan dan menjadikan halaman di kampung-kampung kita sentiasa disinari gemerlapan cahaya pelita tatkala menjelangnya seminggu sebelum Syawal...