Wednesday, September 22, 2010

KESENIAN - MUZIUM TERENGGANU

Muzium memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara.selain itu, muzium juga berperanan sebagai gedung khazanah sejarah dan budaya negara.Muzium Terengganu yang terletak di Bukit Losong,Kuala Terengganu, telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976 dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976, berkuatkuasa pada 1 November 1977.


Rekabentuk Muzium ini telah diilhamkan oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah.Objektif rupabentuk adalah lebih menjurus kepada cita-cita untuk mewujudkan sebuah bangunan yang dapat menggambarkan senibina Melayu tempatan.

Berkunjung ke muzium mampu membuka minda kite terhadap sejarah lampau, serta mengingatkan kite kembali tentang jasa dan pengorbanan pahlawan-pahlawan dahulu dalam mempertahankan tanah air.Di sinilah tempatrnya  kite dapat mendidik diri kite serta anak-anak mengenai betapa pentingnya memelihara maruah,bangsa dan kemerdekaan negara.Justeru itu, berbagai program telah dirangka oleh pihak Muzium samaada pameran bergerak seperti ke sekolah-sekolah, memberi ceramah, seminar dan lain-lain.Jadi ambillah peluang dan ruang yang disediakan ini dengan sebaik mungkin.


WAKTU OPERASI

Hari Sabtu hingga Khamis
- Jam 9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Jumaat
- Jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari
- Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Hari Kelepasan Am
- Jam 9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
- Ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja


PETA


PENGANGKUTAN

Bas: Dari Perhentian Bas Kuala Terengganu (Muzium/Losong) 15 minit. Dewasa dan kanak-kanak RM0.60. Teksi: Dari Perhentian Teksi Kuala Terengganu(10 minit),RM7.00. Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (15 minit),RM20.00.