Saturday, September 25, 2010

BUDU TERENGGANU


Eemm...Sedapnye budu.Makan tampe budu rasa macam tak sempurne jew! Orang  kata tak kenal maka tak cinta,oleh itu saya nak kabo kat mu semue tentang budu sket.Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.




KHASIAT BUDU

Menurut kajian para ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".


CARA MAKANG

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.Makan ia bersama ulam-ulaman, atau ikan rebus.


PENGUSAHA BUDU

Syarikat Azizah M. Sharif yang mengeluarkan Budu Cap Limau di Kuala Besut ini sudah memasuki era generasi ke-3. Pengusaha awal adalah Puan Azizah @ Mek bt. Abdullah telah memulakan operasi di rumah sendiri sejak tahun 1975 dengan pengeluaran hanya 10 botol sehari. Kini kilang ini telah diambil alih oleh anaknya dan diuruskan oleh generasi cucunya bersama suami dan dibantu oleh 9 orang pekerja.

Proses bermula dengan menjeruk ikan bilis bersama garam selama enam bulan yang kemudiannya ditapis dan dimasak sebelum dibotolkan. Mereka menyediakan dua saiz botol yang kecil dan besar dengan kandungan yang berbeza. Kini setiap hari kilang ini berupaya untuk mengeluarkan 90 - 100 dozen sehari untuk botol besar dan sebanyak 170 dozen botol kecil. Setiap botol yang kecil dijual pada di kilang dengan harga RM6.50 sedozen atau 80 sen sebotol di kedai-kedai dan bagi botol besar pula dijual pada harga RM12.00 di kilang atau RM1.40 sebotol di kedai-kedai.



 CARA MENDAPATKAN
Disebabkan keenakannya,Malaysia, kini di mana-manapun kite boleh dapatkannye tak kira la di kedai, pasar ataupun lebih baik jika kita datang sendiri ke Kelantan mahupun Terengganu bagimendapatkan budu yang benar-benar asli.He3..Bye2.