Sunday, September 19, 2010

HARI MALAYSIA

Pada tanggal 16 september yang lalu, satu lagi peristiwa bersejarah telah berlaku iaitu pengumuman sambutan 'Hari Malaysia' oleh Perdana menteri,Datuk Seri Najib Razak. Sambutan ini akan diraikan pada 16 September setiap tahun dan hari ini juga akan diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.




Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.



Menurut  Perdana Menteri, perpaduan nasional amatlah penting untuk menjadikan negara kite lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020 yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek.