Wednesday, August 11, 2010

SINARAN BAZAR RAMADHAN

Ohh seronoknya berkunjung ke BAZAR RAMADHAN.Suasana kemeriahan menyambut bulan ramadhan memang dapat dirasai jikalau kita berkunjung ke mana-mana bazar sekalipun.Bazar ramadhan bukan sahaja memberi peluang kepada para peniaga manambahkan hasil pendapatan namun turut memudahkan umat Islam mencari juadah untuk berbuaka puasa.

Macam-macam ada di bazar, tambahan pula kalau pergi ke bazar ramadhan di negeri Terengganu,berbagai jenis kuih muih, lauk pauk tradisi dan minuman yang susah didapati pada bulan-bulan yang lain boleh dijumpai.


JOM SINGGAH DI BAZAR.........


KEMERIAHAN DI BAZAR


SUNNAH MAKAN KURMA


AYAM BAKAR... YAM-YAM


SEDAPNYA BAU...


BERANEKA KUIH MUIH

PENCUCI MULUT


Saranan!!! Tatkala kite berkunjung ke bazar, melihat berbagai makanan yang enak-enak dan lazat yang boleh menggugat iman kite, janganlah kite  membelinye dengan mengikut hawa nafsu, sebaliknya bersederhana itu amalan mulia....

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN




Ramadhan merupakan bulan yang agung. Bulan penuh berkat yang dengannya 
kaum muslimin bergembira. Dan adalah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya radiallahu'anhum bergembira dengan kedatangannya. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya tentang demikian (kedatangan Ramadhan). Maka apabila kaum muslimin bergembira dengan kedatangan Ramadhan, dan memberikan khabar gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan, di sana satu sama lain saling berbuat demikian, maka tidaklah mengapa yang demikian itu, sebagaimana yang dilakukan oleh para salafus soleh; kerana ianya bulan yang agung, penuh berkat, dan mereka bergembira dengannya kerana padanya terdapat penghapusan kesalahan, pengampunan dosa, dan perlumbaan untuk mengumpulkan kebaikan amalan soleh.Oleh itu,dalam bulan yang penuh keberkatan ini,hargailah ia dengan sebaiknya, dengan melakukan amal ibadat seperti berpuasa di siang hari, solat tarawih dan tahajjud di malam harinya bagi memperoleh keredoan dari Illahi...Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa,,,puasa jangan x puasa tau!!!


 Ramadhan
.......

Saturday, August 7, 2010

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAT KEBESARAN



Bersempena dengan ulang tahun Hari Keputeraan ke-48 Sultan Terengganu Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin sebuah istiadat pengurniaan darjat kebesaran telah berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu .Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said menerima bintang SSMZ yang membawa gelaran Dato' Seri disempurnakan DYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail di Istana Maziah, Kuala Terengganu



Tujuh penerima yang dianugerahkan darjah kebesaran ialah Tengku Seri Temenggong Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud  menerima Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (S.S.M.T.) yang membawa gelaran Dato’ Seri.Menteri Besar Terengganu Dato’ Haji Ahmad Said menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) yang juga membawa gelaran Dato’ Seri. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah pula dianugerahkan Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (D.S.M.Z.) yang membawa gelaran Dato’.Empat orang dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’.Mereka adalah Mufti Terengganu Dr Alias Abdullah, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu Osman Muda, pegawai pejabat Sultan Terengganu Mohd Yasin Awang dan seorang peguam Zamani Mohamad.

Istiadat pengurniaan darjat kebesaran merupakan salah satu penghargaan diatas jasa dan sumbangan besar yang diberikan oleh seseorang individu terhadap negara, mahupun negerinya.Diatas anugerah yang diterima, ia mampu membakar semangat pengurnia darjat kebesaran ini untuk lebih komutet dalam memberikan sumbangannya.Oleh itu diharapkan jasa dan sumbangan yang diberikan oleh pengurnia darjat kebesaran ini dapat terus disumbangkan untuk kebaikan negara ini mahupun negerinya......

Tuesday, August 3, 2010

ANAK TERENGGANU RANGKUL KASUT EMAS

Bulan Ogos merupakan bulan yang penuh dengan titik-titik perjuangan dan pengorbanan . Dalam bulan yang penuh bermakna ini, kita diperkenalkan lagi oleh seorang wira atau pejuang tanah air yang merupakan anak jati Terengganu.Perancang bola sepak pasukan Terengganu, Mohd. Ashaari Shamsudin telah dipilih selaku pemenang anugerah Kasut Emas  kerana kejayaan beliau menjadi penjaring terbanyak saingan Liga Super musim ini.

Mohd. Ashaari Shamsudin

Ashaari mengesahkan gelaran tersebut selepas merekodkan 18 gol sepanjang 26 perlawa- nan Liga Super musim ini.Kejayaan yang dilakarkan Ashaari itu sekali gus mengetepikan dua pencabar terdekatnya dari Selangor, Safee Sali dan Amirulhadi Zainal yang sekadar berkongsi 12 gol.

Lebih manis, jaringan yang direkodkan Ashaari itu turut membantu Terengganu mengakhiri saingan musim ini ditangga ketiga liga selepas Selangor dan Kelantan terlebih dahulu telah dinobatkan selaku juara dan naib juara.

Pencapaian cemerlang yang ditunjukkan pemain ini sememangnya membanggakan rakyat Terengganu dan beliau wajar dianggap wira atau penjuang tanah air.Sebagai rakyat Terengganu, kite seharusnya mencontohi jejak langkah pemain ini agar dapat manaikkan nama negeri Terengganu yang popular sebagai negeri Sang Penyu.

Sunday, August 1, 2010

DOA PERJALANAN

Melancong merupakan satu aktivi yang amat menyeronokkan tatkala tiba musim  cuti persekolahan, namun sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa mengikut apa yang diajarkan dalam ajaran suci Islam, bagi memperoleh satu perjalanan yang sentiasa dirahmati dan diredai oleh Allah SWT .Antara amalan yang boleh kita lakukan ialah membaca doa sebelum memulakan perjalanan.Di bawah ini,saya ada selitkan satu doa untuk kita pelajari dan amalkan...InsyaAllah.



DOA PERJALANAN

Dengan Nama Allah (semoga) menyertai perjalanan dan selamatnya kendaraan ini. Sungguh, Tuhanku, benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. (Dari Alqur'an Surah Hud 11 : 41)





Artinya :


Dengan memohon pertolongan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Maha Suci Allah yang menganugerahi kami kemampuan memanfaatkan (kendaraan) ini, sedang kami sendiri (tanpa pertolonganNya) tidak mampu menguasainya. Sesungguhnya hanya kepada Tuhan kita, kita pasti akan kembali. Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu, anugerahilah kami dalam perjalanan ini, kebajikan dan ketaqwaan, serta usaha yang Engkau ridhai Ya Allah, mudahkanlah perjalanan ini bagi kami dan perpendeklah jaraknya. Ya Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan, dan Engkau pula Pelindung bagi keluarga. Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kesulitan perjalanan, kesuraman pandangan, serta bencana menyangkut harta dan keluarga.

(Dari Doa Nabi Muhammad SAW)