Thursday, September 30, 2010

SALAM PERPISAHAN

Syukur kehadrat Ilahi di atas keizinanNya membolehkan saya, menyiapkan blog ini.Kepada rakan yang sama-sama dalam perjuangan, saya ingin ucapkan banyak-banyak tahniah dan semoga berjaya dalam mencapai cita-cita di dunia dan diakhirat kelak.Manakala kepada sesiapa saja yang pernah melayari blog ini samaada secara sengaja atau tidak sengaja, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua...Kesempatan ini juga saya nak minta maaf lah di atas segala kelemahan dan kesilapan saya dalam menulis blog ini...seribu kemaafan saya harapkan daripada anda semua, disertai doa untuk kejayaan kita bersama....Bye3






Sunday, September 26, 2010

TELUSURI AKTIVITI KAYAK

Kayak merupakan salah satu sukan atau aktiviti riadah yang cukup menarik.Sukan ini dikatakan dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu dilautan lepas Lautan Artik.


>Kayak di sungai Kuala Terengganu

Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo Roll.

Di Terengganu, antara lokasi yang menjadi pilihan penggemar sukan ini adalah di Kuala Ibai ke Pengkalan Setar iaitu dengan melalui Sungai Terengganu.Lokasi ini digemari adalah kerana sungainya yang bersih serta keindahan panoramanya yang menambat hati.Pada setiap tahun, lokasi ini akan dipenuhi pengunjung, samaada dalam mahupun luar negeri.


FOTO

 >Sesi pengenalan kepada kayak

> Berkumpul sebelum memulakan aktiviti

 >Kayak bermula

>Menyelusuri sungai Kuala Terengganu


Untuk bermain kayak kecekalan mental dan fizikal amatlah diperlukan.Bagi mereka yang masih belum berpengalaman dalam sukan ini,pasti mereka akan berasa takut,tambahan pula sukan ini memerlukan keseimbangan yang baik untuk mengawal kayak mereka.Jika tersalah kendalian pasti kayak akan terbalik.Namun, kebanyakan pemain kayak berkata pada peringkat permulaan memang kita akan berasa takut tapi jika kita sudah biasa pasti kita akan nak bermain lagi dan lagi sukan ini.Inilah keseronokkannya yang hanya dapat kita rasai oleh pemainnya.Oleh itu apa lagi Jom ramai-ramai kita ke sana....Bye3.

Saturday, September 25, 2010

BUDU TERENGGANU


Eemm...Sedapnye budu.Makan tampe budu rasa macam tak sempurne jew! Orang  kata tak kenal maka tak cinta,oleh itu saya nak kabo kat mu semue tentang budu sket.Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.




KHASIAT BUDU

Menurut kajian para ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".


CARA MAKANG

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.Makan ia bersama ulam-ulaman, atau ikan rebus.


PENGUSAHA BUDU

Syarikat Azizah M. Sharif yang mengeluarkan Budu Cap Limau di Kuala Besut ini sudah memasuki era generasi ke-3. Pengusaha awal adalah Puan Azizah @ Mek bt. Abdullah telah memulakan operasi di rumah sendiri sejak tahun 1975 dengan pengeluaran hanya 10 botol sehari. Kini kilang ini telah diambil alih oleh anaknya dan diuruskan oleh generasi cucunya bersama suami dan dibantu oleh 9 orang pekerja.

Proses bermula dengan menjeruk ikan bilis bersama garam selama enam bulan yang kemudiannya ditapis dan dimasak sebelum dibotolkan. Mereka menyediakan dua saiz botol yang kecil dan besar dengan kandungan yang berbeza. Kini setiap hari kilang ini berupaya untuk mengeluarkan 90 - 100 dozen sehari untuk botol besar dan sebanyak 170 dozen botol kecil. Setiap botol yang kecil dijual pada di kilang dengan harga RM6.50 sedozen atau 80 sen sebotol di kedai-kedai dan bagi botol besar pula dijual pada harga RM12.00 di kilang atau RM1.40 sebotol di kedai-kedai.



 CARA MENDAPATKAN
Disebabkan keenakannya,Malaysia, kini di mana-manapun kite boleh dapatkannye tak kira la di kedai, pasar ataupun lebih baik jika kita datang sendiri ke Kelantan mahupun Terengganu bagimendapatkan budu yang benar-benar asli.He3..Bye2.



DESA UKIRAN KAYU ISTANA TENGKU LONG

Desa Ukiran Kayu yang terletak di bina di Kawasan Istana Tengku Long,Pekan Kg.Raja Besut Terengganu, secara rasminya telah dibuka pada 21 Februari 2008 yang lalu.Pembinaan desa ini adalah bertujuan bagi mengekalkan senibina tradisional negeri Terengganu sebagai pusat dinamik perusaan kraftangan.Antara senibina utama di sini ialah rumah-rumah tradisi masyarakat Terengganu seperti rumah potong belanda,rumah limas bungkus dan rumah bujang berserambi selasar.


Rumah Tradisional


Desa yang mula dibina pada awal tahun 2005 ini, mempunyai keluasan kira-kira 3500 meter persegi.Asas pembinaannya adalah berteraskan ukiran-ukiran kayu yang terdapat pada dinding,pintu,tangga dan alangnya. 

Selain itu,Pembinaan Desa Ukiran Kayu ini juga adalah pengiktirafan kepada Besut sebagai Daerah Ukiran Kayu, yang telah diistiharkan pada 12 Ogos 1999 ke atas Pengukir-pengukir di sini.Antara pengukir kayu yang tersohor di Daerah Besut seperti Che Long Bin Yusof, Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) Hj Wan Su Bin Othman (Tokoh Seni Negara 1997) Abd.Rahman Long , Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003, Adiguru Kraf 2007) Dan Norhaiza Bin Nordin.


Kursus Seni Ukiran


Dalam usaha mengekalkan seni bina ini pihak Kerajaan negeri telah mengambil langkah bijak dengan membiayai pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang senibina untuk menjalani kursus latihan kraf warisan seni ukiran melayu selama setahun di desa ini.Oleh itu, kepada anak watan negeri Terengganu ambillah peluang ini dengan sebaiknya agar seni warisan negeri kite akan terus bertahan di sepanjang hayat....

Friday, September 24, 2010

KESEDAPAN KUIH PAUH DILAYANG

Kali nie saya nak memperkenalkan kepada anda tentang sejenis lagi kuih tradisional yang amat popular di Terengganu.Kuih ini dikenali dengan nama, 'Kuih pauh dilayang'.Ia dibentuk menjadi kepingan rata tiga atau empat persegi, sebelum dibentuk seperti kelopak bunga, menurut cita rasa pembuatnya.Bentuknya yang unik membuatkan kita tak sabar-sabar untuk memakannya.

Kuih pauh dilayang agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan.Selain itu,ia juga merupakan sejenis kuih yang sesuai dimakan ketika sarapan atau bersama minum petang.



RESEPI


BAHAN-2
  1. 15 biji telur
  2. 600 gm gula
  3. 4 camca tepung gandum 3 helai daun pandan
  4. 4 cawan air

    CARA MASAK

    >>Putar telur hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung ke dalam telur dan gaul rata-rata. Setelah itu, kukus adunan dalam loyang empat persegi hingga masak.Masak gula, air dan daun pandan hingga mendidih dan pekat. Angkat dan sejukkan. Pauh yang telah masak tadi sejukkan. Kemudian dipotong nipis-nipis dan direndam di dalam air gula. Biarkan sampai kembang, barulah diangkat dan toskan sebelum dihidangkan....Slamt mencube.


    Thursday, September 23, 2010

    SELAMI AKTIVITI SCUBA

    Eh-Eh-Eh.Seronakkan jika dapat menyelam pada hari panas nie?Pasti ia akan membuatkan kita berasa nyaman ,segar, dan tenang , tambahan pula jika menyelam di dasar laut yang amat cantik permandangannya.Ooo...Nak tau Jom !!!


     WIKI 

    SCUBA adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri).Selaman scuba adalah aktiviti bawah air yang dilakukan dengan menggunakan peralatan yang dipakai oleh penyelam, yang membekalkan bekalan udara dan dengan itu membenarkan penyelam kekal lama bawah air untuk tempoh masa yang lama.


    PERALATAN SCUBA:
      
     
    • Aqua-Lung - sistem yang terdiri dari tangki atau silinder menyelam yang mengandungi gas pernafasan bertekanan tinggi yang bersambung dengan penyelia selaman (diving regulator) yang membekalkan penyelam dengan gas pada tekanan yang sesuai untuk pernafasan pada kedalaman penyelam. Jenis peralatan SKUBA ini dikenali sebagai 'litar terbuka' kerana gas hembusan dibebaskan pada persekitaran 

       

      • Pengitar nafas - membekalkan penyelam dengan gas pernafasan daripada silinder menyelam dan penyelia selaman tetapi mempunyai mekanisma lain yang mengitar semula gas hembusan dengan selamat. Jenis peralatan SCUBA ini dikenali sebagai 'litar tutup'. Penggunaan gas secara ekonomi membenarkan penyelam masa yang lebih panjang berbanding peralatan 'litar terbuka'. 

          Melihat sendiri kehidupan dasar laut


          Menerusi aktiviti scuba, peserta dapat merasai keseronokan dengan melakukan aktiviti itu dan berpeluang melihat sendiri kepelbagaian hidupan laut.Menariknya, kita juga dapat melihat sendiri terumbu karang yang menjadi habitat kepada lebih 55 spesies karangan laut dan lebih 100 spesies ikan yang masih wujud di perairan Terengganu.

          Terumbu karang


          Perairan pulau-pulau di Terengganu cukup terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti sama ada terumbu karang keras dan lembut termasuk ´gorgonion´, akar bahar, batu karang hitam, ´staghorn´, ´hyroid´ dan terumbu karang hap.


          scuba div


           Pengalaman bersama kehidupan di dasar laut merupakan satu pengalaman yang cukup menarik dan berharga.Amat rugi sekiranya kita tidak dapat merasainya dan melihat sendiri keindahan dan panorama indah dasar laut tatkala kita berkunjung ke pulau-pulau.Aktiviti ini turut memberi peluang kepada kita untuk mendekati dan menghayati hidupan laut itu dengan lebih dekat terutama terumbu karang.Oleh itu tunggu apa lagi Jom kite diving.


          Wednesday, September 22, 2010

          KESENIAN - MUZIUM TERENGGANU

          Muzium memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara.selain itu, muzium juga berperanan sebagai gedung khazanah sejarah dan budaya negara.Muzium Terengganu yang terletak di Bukit Losong,Kuala Terengganu, telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976 dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976, berkuatkuasa pada 1 November 1977.


          Rekabentuk Muzium ini telah diilhamkan oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah.Objektif rupabentuk adalah lebih menjurus kepada cita-cita untuk mewujudkan sebuah bangunan yang dapat menggambarkan senibina Melayu tempatan.

          Berkunjung ke muzium mampu membuka minda kite terhadap sejarah lampau, serta mengingatkan kite kembali tentang jasa dan pengorbanan pahlawan-pahlawan dahulu dalam mempertahankan tanah air.Di sinilah tempatrnya  kite dapat mendidik diri kite serta anak-anak mengenai betapa pentingnya memelihara maruah,bangsa dan kemerdekaan negara.Justeru itu, berbagai program telah dirangka oleh pihak Muzium samaada pameran bergerak seperti ke sekolah-sekolah, memberi ceramah, seminar dan lain-lain.Jadi ambillah peluang dan ruang yang disediakan ini dengan sebaik mungkin.


          WAKTU OPERASI

          Hari Sabtu hingga Khamis
          - Jam 9.00 pagi - 5.00 petang

          Hari Jumaat
          - Jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari
          - Jam 3.00 petang - 5.00 petang

          Hari Kelepasan Am
          - Jam 9.00 pagi - 5.00 petang

          Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
          - Ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja


          PETA


          PENGANGKUTAN

          Bas: Dari Perhentian Bas Kuala Terengganu (Muzium/Losong) 15 minit. Dewasa dan kanak-kanak RM0.60. Teksi: Dari Perhentian Teksi Kuala Terengganu(10 minit),RM7.00. Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (15 minit),RM20.00.

          Tuesday, September 21, 2010

          SANUBARI BERSAMA BURUNG WALIT

          Kepulauan yang berada dipersisiran pantai Negeri Terengganu sememangnya kaya dengan faunanya. Khususnya burung layang-layang laut yang lebih dikenali sebagai burung walit. Tanpa kita sedari, sebenarnya kesemua pulau-pulau di Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut telah dikenalpasti dengan kehidupan fauna burung walit ini. Kedapatan burung walit ini tentunya mempunyai daya tarikan pelancong yang terdiri dari peminat-burung walit samada mereka yang bergiat dengan membudidaya walit secara artificial yang ingin mempelajari secara langsung habitat asli burung walit di gua-gua yang terdapat dikepulauan tersebut.


          :Burung Walit


          KENALI BURUNG WALIT

          Burung Walit merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini mempunyai kuku mencengkam yang kuat. Burung ini cekap berterbangan di udara ( areal ability ) dan saiz burung Walit adalah kecil. Ukuran panjangnya adalah 13sm dan yang terkecil 7.5sm. burung Walit berkelompok besar dan suka pada kawasan di mana ada banyak cerok-cerok bukit dan gua. Ia membiak di dalam gua atau premis yang berkeadaan seakan-akan gua. Sesetengah spesis ini menggunakan ekolokasi ( echolocation ) seumpama kelawar, untuk terbang ( navigate ) dalam gelap.


          :Sarang burung Walit

          Sarang burung Walit berharga dan diterokai sebab ianya mengandungi sedikit sahaja bulu atau bahan yang tidak boleh dimakan. Tuaian berjuta-juta ringgit dihasilkan setiap tahun di Malaysia daripada beberapa buah premis penternakan burung Walit.Di Terengganu, kerja-kerja pembinaan sangkar untuk 8 unit bagunan burung walet sedang rancak dijalankan.Ini merupakan antara usaha bagi menggiatkan lagi aktiviti berasaskan burung ini.


          :Sekumpulan Walit beterbangan

          Kewujudan burung walit di pulau-pulau negeri Terengganu memang memberi banyak manfaat samaada sebagai salah satu sumber pendapatan negara mahupun, sebagai mempopularkan negeri terengganu kepada peminat burung walit di seluruh dunia.Usaha memelihara habitat ini dan meningkatkan sumber ekonomi berasaskan burung walit merupakan usaha kite bersama. Oleh itu, Jom sama kite melibatkan diri untuk kepentingan bersama...Bye2.

          Monday, September 20, 2010

          ENAKNYE - ROJAK CERANANG

          Hai ape kabo semua?Harap sihat belake yek.Dalam bulan raya nie saya nak bagitau kat anda tentang makanan istimewa Terengganu pule,maklumlah setelah sebulan menjalani ibadat puasa tentu semue nak merasai makanan yang enak-enak bukan?Sebut tentang makanan yang enak-enak tentulah Terengganu lokasinye.Oleh itu Jom kite!!!




          Ceranang atau rojak ceranang merupakan Sejenis hidangan tradisional yang amat popular di Terengganu. Dihasilkan daripada campuran sayur-sayuran yang dihidangkan dengan kuah kacang pedas yang pekat.

          Bahan-bahan celur yang biasa digunakan adalah taugeh, kacang panjang, kangkung, tahu goreng, mee kuning (dicelur), telur rebus, dan timun yang dipotong-potong.




          Bahannya untuk kuah rojak:
          • 2-3 s/b asam jawa (diramas dalam semangguk air)-bergantung
          • 1 inci belacan
          • 2 s/b lada kisar (ikut kepedasan)
          • nisan/gula merah secukupnya
          • 1/2 cwn kacang tanah yg digoreng kemudian dikisar halus

          Caranya:
          1. Masak lada kisar, air asam jawa, belacan dan gula merah sehingga mendidih. Padam api.
          2. Gaul bersama ngan kacang kisar.
          3. Siram diatas mee kuning, telur, timun dan bahan celur. hidang n makang..

          Selamat mencuba...

          Sunday, September 19, 2010

          HARI MALAYSIA

          Pada tanggal 16 september yang lalu, satu lagi peristiwa bersejarah telah berlaku iaitu pengumuman sambutan 'Hari Malaysia' oleh Perdana menteri,Datuk Seri Najib Razak. Sambutan ini akan diraikan pada 16 September setiap tahun dan hari ini juga akan diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.




          Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

          Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.

          Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.



          Menurut  Perdana Menteri, perpaduan nasional amatlah penting untuk menjadikan negara kite lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020 yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek.

          Friday, September 10, 2010

          UCAPAN ADIL FITRI

          SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ...


          Esok adalah harapan.. sekarang adalah kenyataan..
          kemarin adalah kenangan, yang tak luput dari khilaf dan kesalahan,
          ketika tangan tak mampu berjabat, kaki tak dapat melangkah
          hanya hati yang mampu berbisik”Minal Aidin Walfaizin Mohon Maaf Lahir Batin”


          KAD UCAPAN RAYA :-










           ~(^!*)~Happy

          Thursday, September 9, 2010

          JOM SANTAI


          JALIL HAMID- RAYA

          Bila sebut pasal raya
          Semua ingat Hari Raya
          Tapi jangan pulak kita lupa
          Ada seribu satu kata
          Berkait dengan raya
          Selain Hari Raya

          Tak kira apa bangsa
          Orang melayu orang cina
          Orang putih atau orang india
          Orang timur orang barat
          Di seluruh dunia
          Ada hari raya

          Kalau banyak harta benda
          Orang itu kaya raya
          Kalau tempat lalu kereta
          Itulah jalanraya
          Hentian bas ibu kota
          Itu di Puduraya
          Di tengah bandaraya

          Kalau banyak jalanraya
          Dipanggil lebuhraya
          Bunga lambang negara
          Namanya bunga raya
          Tukang menyelenggara
          Mengawas harta-benda
          Jabatan Kerja Raya

          Gembira kita di hari raya
          Makan kenduri di balairaya
          Kalau kita malas nak puasa
          Kita sama macam hantu raya

          Selamat hari raya
          Selamatlah beraya


          >nak karoke jangan lupe stopkan lagu kite..


          Wednesday, September 8, 2010

          KOLEKSI PANTUN RAYA TERENGGANU




           Makang ubi jamang jepong
          Makang kepok cicah cuke
          Bulang pose mung bengong
          Bulang raye mung gile

          Aidilfitri hari kemenangang
          Kejayaang menempuh halangang
          Mengenali erti kesenangang
          Bagie meke yang kekurangang

          Aidilfitri hari kemaafang
          Menghapus kesalahang sesame insang
          Memupuk perpaduang sesame ehsang
          Mengikat tali keakrapang

          Sungai disusur sehari-hari
          Dalam gelap menangkap ikang
          kite meyusung sepuluh jari
          Salah dan silap harap maafkang

          Makang akak bersama toyol,
          Buah pala di panah petir,
          Bile memasak kuih dan dodol,
          Jangang pula kite membazir,

          Budok-budok maing mercung,
          Jangang sampai terbakar tangang,
          Di Aidilfitri kite berhimpung,
          Hulurkang tangang meminte ampung.

          Sudah tibe Hari Raye,
          Setelah kite sebulang berpuasa,
          Hari Raye di sambut gembira,
          Jangang pula ade yang berduka.

          Pagi raye orang gembira,
          Berjalang bersame rakang dan taulang,
          Ketike enak menjamu selere,
          Orang yang tiade jangang dilupakang.

          Anak gorila gagah perkasa,
          Amat terkenal di Kampung Cempaka,
          Maaf andai terkasar bahasa,
          Kami ucapkang Selamat Hari Raye.

          .....

          NOSTALGIA MENYAMBUT SYAWAL

          Bila menyebut tentang Hari Raya teringat kita tentang nostalgia dan kenangan-kenangan lampau sewaktu kanak-kanak berhari raya.Pada ketika itu bagi mereka yang tinggal di kampung sudah pasti,akan memasang pelita di deretan rumah dan di sepanjang jalan dari sebuah rumah ke rumah yang lain.Tradisi ini kebiasaannya akan bermula seminggu sebelum menyambut 1syawal.




          Menurut kebudayaan melayu tradisi memasang pelita adalah bertujuan untuk menyerikan suasana dan memeriahkan hari raya.Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyampaikan message pada orang kampung, bahawa raya dah nak dekat puasa dah nak habis.Sememangnya menjadi lumrah orang melayu  menyampaikan message penuh dengan kesenian.




          Kampung Tepoh, Terengganu, bagi memelihara tradisi ini Kerajaan Negeri Terengganu & Muzium Negeri Terengganu telah menganjurkan satu pertandingan Hiasan Pelita Raya.Dalam pertandingan ini semua rakyat Kampung Tepoh digalakkan mengambil bahagian dan bersama-sama menjayakan Pertandingan ini




          Pada malam hari gemerlapan pelita yang dipasang kelihatan amatlah cantik hatta akan memeriahkan suasana di kampung-kampung.Kenangan menyaksikan keindahan gemerlapan pelita hanya dapat kita rasai setahun sekali iaitu bila menjelangnya bulan Syawal.Oleh itu, bagi memulihara tradisi ini, agar dapat dirasai hingga ke anak cucu kita nanti, marilah kita sama-sama mengekalkan dan menjadikan halaman di kampung-kampung kita sentiasa disinari gemerlapan cahaya pelita tatkala menjelangnya seminggu sebelum Syawal...

          TIPS KESELAMATAN DI HARI RAYA

          Seronoknya....Tak sabarkan rasanya nak beraya.Puasa dan nak habis dah nie,bagi siapa-siapa yang beraya di kampung sudah tiba masanya mereka merancang perjalanan untuk pulang ke kampung.Untuk keselamatan kita bersama, pada kali ini saya akan menceritakan kepada anda beberapa  tips keselamatan meninggalkan rumah ketika pulang ke kampung berhari raya dan tips keselamatan di jalan raya.




          TIPS KESELAMATAN MENINGGALKAN RUMAH




          >> Sebelum meninggalkan rumah pastikan semua peralatan elektrik dicabut atau ditanggalkan terutamanya menggunakan kuasa elektrik yang besar seperti seterika kerana dikhuatiri berlaku ribut petir ketika hujan lebat yang akan menyebabkan berlakunya litar pintas.

          >> Selain itu, bagi mereka yang membuat kuih jangan lupa matikan oven kerana dikhuatiri lupa untuk menutup gas memasak. Ini bagi mengelakkan haba yang terlalu panas menyebabkan berlakunya kebakaran.

          >> Kita pastikan rumah kita diawasi apabila meninggalkan rumah contohnya kita memberitahu jiran kalau ada kebakaran mereka boleh memaklumkan kepada pihak bomba secepat mungkin.




          TIPS KESELAMATAN JALAN RAYA



          >> Kalau mengantuk pemandu-pemandu dinasihatkan untuk berhenti dan berehat sebentar.

          >>Jangan memandu terlalu laju berhati-hati ketika memandu untuk elakkan kemalangan.

          >>Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik bagi perjalanan jauh.

          >>Kalau berlaku kemalangan yang mengakibatkan kecederaan, mangsa perlu cepat-cepat keluar daripada kenderaan.

          >>Bila berlaku kemalangan kita perlu cabut kepala bateri untuk elak berlakunya litar pintas.



          :-Bagi umat Islam sebelum memulakan perjalanan, lakukanlah dahulu solat sunat musafir  dan berdoa agar perjalanan anda lebih dirahmati oleh-Nya..

          Sunday, September 5, 2010

          CHINATOWN, KAMPUNG CINA

          Chinatown ataupun Kampung Cina di Kuala Terengganu merupakan salah satu destinasi yang amat terkenal dan sering dilawati pelancong.Apa yang membuatkan lokasi ini cukup popular, adalah kerana di sini wujudnya bangunan-bagunan warisan pada zaman sebelum perang dan kini telah diwartakan sebagai warisan dunia.

          Pada suatu masa dahulu iaitu pada abad ke-18, kawasan Kampung Cina pernah menjadi pusat perdagangan dan perniagaan antarabangsa yang terpenting di rantau ini.Hal ini membuatkan lokasi Kampung Cina berkembang maju,hatta terbinalah bagunan-bagunan,pintu gerbang dan lorong-lorong warisan yang masih kekal dan masih boleh kita saksikan sehinggake hari ini.

          Kampung Cina yang didiami penduduk berketurunan Cina sejak hampir 300 tahun lalu itu juga mempunyai sebuah perigi yang dipercayai tertua di Terengganu.Perigi ini dikatakan telah dibina oleh empat orang kapitan Cina iaitu Law Kian Tee, Koo Swee Lin, Hin Khang Hoon dan Wee Teck Siew.Keistimewaan perigi ini bukan sahaja kerana usianya, namun dikatakan pernah berjasa kepada penduduk setempat serta membekalkan air kepada pedagang asing yang berniaga di situ.Perigi itu juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana airnya didakwa tidak pernah kering malah masih digunakan sehingga kini.

          FOTO

           
          Pintu Gerbang
           
          Bagunan Warisan


          Perigi Tua


           Lorong warisan


          Usaha mengekalkan tinggalan warisan yang terdapat di Kampung Cina haruslah diteruskan sampai bila-bila, khasnya kepada penduduk Kampung Cina sendiri.Kewujudannya telah  memberikan banyak manfat terutamanya terhadap populariti lokasi pelancongan ini, Oleh itu sama-samalah kite hargainya.....Wasalam.