Merupakan sejenis kuih yang sangat popular di negeri Terengganu iaitu buah gomak, gomak atau lebih popular dikenali sebagai Tepong Gomak akan membuatkan pemakannya berasa puas menikmati keenakan tatkala merasainya.
Kuih ini dibuat daripada tepung pulut dan intinya dibuat daripada kelapa manis.Mempunyai bentuk bulat getel yang sangat menarik, mampu membuatkan kita berasa ingin memakannya. Di bahagian luar tepung gomok dilumur dengan tepung pulut/ tepung kacang hijau untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri.
RESEPI
Bahan untuk tepung :
- 300gm tepung pulut
- 300g tepung kacang hijau
Bahan untuk inti:
- 50gm gula merah
- 1/2 cawan gula putih
- 1 bj kelapa parut
- 1/2 st tepung gandum
- 1 helai daun pandan
Cara-cara:
- Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
- Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
- Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
- Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
- Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
- Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
- Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka)
- Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.....
Bagi merasai keaslian makanan ini datanglah ke pantai timur semenanjung Malaysia, khasnya negeri Terengganu......Selamat menjamu....