Keciputan atau juga dikenali sebagai kuih buah rotan atau kuih redan merupakan sejenis kuih tradisional masyarakat Terengganu.Rahsia keenakan ialah tatkala kite menggoreng kuih ini, ia perlulah dilakukan dengan menggunakan api sederhana,jika kite munggunakan api yang terlalu kuat atau perlahan ia akan mencactkan keenakannya samaada terlalu gareng atau kurang gareng. Kuih ini popular di negeri Terengganu dan ia sesuai dimakan tak kira bile atau di mane jue.
RESEPI
Bahan-bahan
3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan air
50 sen bijan
>>Gaul tepung pulut dengan telur dan gula. Masukkan sedikit demi sedikit air kedalam adunan sambil diuli hingga lembut. Ambil secubit adunan dan bulatkan. Golekkan ke dalam dulang berisi bijan. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.Selamt mencube...