Saturday, September 25, 2010

DESA UKIRAN KAYU ISTANA TENGKU LONG

Desa Ukiran Kayu yang terletak di bina di Kawasan Istana Tengku Long,Pekan Kg.Raja Besut Terengganu, secara rasminya telah dibuka pada 21 Februari 2008 yang lalu.Pembinaan desa ini adalah bertujuan bagi mengekalkan senibina tradisional negeri Terengganu sebagai pusat dinamik perusaan kraftangan.Antara senibina utama di sini ialah rumah-rumah tradisi masyarakat Terengganu seperti rumah potong belanda,rumah limas bungkus dan rumah bujang berserambi selasar.


Rumah Tradisional


Desa yang mula dibina pada awal tahun 2005 ini, mempunyai keluasan kira-kira 3500 meter persegi.Asas pembinaannya adalah berteraskan ukiran-ukiran kayu yang terdapat pada dinding,pintu,tangga dan alangnya. 

Selain itu,Pembinaan Desa Ukiran Kayu ini juga adalah pengiktirafan kepada Besut sebagai Daerah Ukiran Kayu, yang telah diistiharkan pada 12 Ogos 1999 ke atas Pengukir-pengukir di sini.Antara pengukir kayu yang tersohor di Daerah Besut seperti Che Long Bin Yusof, Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) Hj Wan Su Bin Othman (Tokoh Seni Negara 1997) Abd.Rahman Long , Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003, Adiguru Kraf 2007) Dan Norhaiza Bin Nordin.


Kursus Seni Ukiran


Dalam usaha mengekalkan seni bina ini pihak Kerajaan negeri telah mengambil langkah bijak dengan membiayai pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang senibina untuk menjalani kursus latihan kraf warisan seni ukiran melayu selama setahun di desa ini.Oleh itu, kepada anak watan negeri Terengganu ambillah peluang ini dengan sebaiknya agar seni warisan negeri kite akan terus bertahan di sepanjang hayat....