Di Malaysia, kemalangan jalan raya merupakan penyumbang terbesar terhadap peningkatan kadar kematian.Setiap hari ada sahaja berita-berita mengenai kemalangan jalan raya terpampang di dada-dada akhbar.Kecederan parah seperti patah kaki dan tangan, putus jari serta buta selamanya mungkin menakutkan kita mendengarnya.Pada hakikatnya perkara ini sememangnya terjadi, malah lebih menyedihkan lagi apabila ada nyawa yang terkorban.
Dalam usaha untuk mengelakkan berlaku kemalangan jalan raya, saya ada menyelitkan beberapa petua yang harus anda amalkan di sepanjang perjalanan untuk keselamatan bersama.
Petua Keselamatan Jalan Raya
Sebagai pengguna jalanraya, khasnya pemandu-pemandu, anda mestilah:-
- Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
- Pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik.Membuat pemeriksaan kenderaan sebelum bertolak.
- Membaca doa perjalanan agar mendapat keselamatan bagi yang muslim.
- Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
- Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
- Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
- Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Melancong merupakan perkara yang amat menyeronokkan, samada dalam atau luar negara,bersama keluarga tercinta ataupun bersama rakan-rakan.Namun, dalam keseronokan ini janganlah kita alpa dan leka terhadap suatu perkara yang mampu menukar percutian ini menjadi peristiwa hitam, iaitu kemalangan jalan raya.Dalam hal ini, kita seharusnya lebih berhati-hati dan mengutamakan pemanduan berhemah di sepanjang pemanduan untuk sampai ke satu-satu destinasi.
Oleh itu saya berharap anda semua dapat mengamalkan petua di atas agar keselamatan diri dan orang tersayang dapat diselamatkan.Saya juga mendoakan semoga anda sekeluarga sentiasa mengutamakan keselamatan dan dilindungi Allah swt serta percutian anda menjadi satu percutian yang menyeronokkan...Apa-apapun "Pandu cermat jiwa selamat" serta "Biar lambat asal selamat"....