Saturday, June 5, 2010

HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG




Dataran Merdeka,Kuala Lumpur. Pada hari ini, 5 Jun satu lagi peristiwa yang amat bersejah telah berlaku  ialah Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.Peristiwa ini amat penting kepada sesebuah negara, kerana ia merupakan lambang kepada kedaulatan dan kemasyuran negara di bawah tampok pemerintahan beraja.

Sambutan ini disambut dengan penuh gilang-gemilang sekali dengan kehadiran beribu-ribu rakyat Malaysia ke upacara sambutan ini, Dataran Merdeka. Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang merupakan satu tradisi ketenteraan zaman silam yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini.



Istiadat bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu merupakan sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada baginda selaku pemerintah tertinggi benteng pertahanan negara.


Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Azizan Ariffin memberi tabik hormat semasa memeriksa perbarisan pada majlis sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah diputerakan pada 22 Januari 1962 bersamaan 15 Syaaban 1381 Hijrah di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.




Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tuanku Nur Zahirah dan Tengku Fatimatuz Zahra tertarik dengan dekorasi kek berbentuk kapal layar yang dipersembahkan oleh Ri-Yaz Heritage Marina Resort and Spa sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, 


TATACARA ISTIADAT



Istiadat yang berlangsung pagi ini bermula dengan keberangkatan tiba Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah tepat pukul 8 pagi disambut dengan lagu kebangsaan, Negaraku dan 21 das tembakan meriam.

Turut menyambut ketibaan pasangan diraja itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Seri Paduka kemudiannya menaiki pentas khas bagi menerima tabik hormat pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Di ruang angkasa pula, lima helikopter milik ATM yang masing-masing membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), TLDM dan TUDM terbang rendah untuk upacara lintas hormat.

Ia diikuti pemeriksaan perbarisan 23 pegawai dan 505 anggota lain-lain pangkat (LLP) oleh Tuanku Mizan. Baginda diiringi oleh Azizan dan Ketua Perbarisan yang juga Pegawai Memerintah Batalion ke-23 RAMD, Leftenan Kolonel Habibullah Ismail.

Sejurus pemeriksaan disempurnakan, Gabungan Pancaragam Pusat ATM diketuai Leftenan Mohd. Shaharuddin Shaari masuk membuka medan dengan alunan lagu Medan Seri dan Tentera Benteng Pertahanan Negara.

Tidak berapa lama selepas itu pengiring panji-panji mengambil Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong dan mengaraknya di hadapan pengawal diikuti perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat.

Seterusnya, anggota perbarisan mara menghadap dan melaungkan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali menandakan penghujung istiadat mengarak panji-panji itu.

Istiadat diteruskan dengan bacaan doa sebelum anggota perbarisan mempersembahkan Hormat Diraja kepada Tuanku Mizan dan kelima-lima helikopter ATM sekali lagi melakukan Terbang Lintas Hormat.

Di bawah ialah anugerah-anugerah Darjah Kebesaran yang telah diterima oleh baginda.

* Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (D.K.) pada 9 Mac 1981
* Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (S.P.M.T.) pada 6 Mac 1982
* Darjah Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada 8 April 1986
* Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T.) pada 12 Februari 1989
* Darjah Utama Kerabat Terengganu (D.K.T.) pada 15 Mei 1998
* Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putera Jamalullail (D.K. Perlis) pada 28 Mei 1998
* Darjah Kerabat Mahkota Johor Yang Amat Dihormati (D.K. Johor) pada 1 Oktober 1998
* Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) pada 27 Februari 1999
* Darjah Kerabat Diraja Terengganu Yang Amat Mulia (D.K.R.) pada 6 Julai 2000
* Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Amat Terpilih (S.S.M.Z.) pada 6 Julai 2001
* Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati (D.K. Negeri Sembilan) pada 19 Julai 2001
* Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Negeri Kedah Darul Aman (D.K. Kedah) pada 20 Januari 2002
* Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunus) (D.K. Kelantan) pada 30 Mac 2002
* Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor (D.K. Selangor) pada 7 Mac 2003
* Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Amat Terpilih (S.U.M.Z.) pada 26 Mei 2005
* Darjah Yang Maha Utama Kerabat DiRaja Malaysia (D.K.M.), darjah khas untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, pada 5 April 2007 


 Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga kerana mempunyai seorang sultan seperti Yang di-Pertuan Agong  Sultan Mizan Zainal Abidin yang berjiwa rakyat dan sangat cekal dalam melaksanakan tanggungjawabnya.Oleh itu marlilah kita sama-sama mendoakan agar baginda dipanjangkan usia dan mendapat kesejahteraan daripada Ilahi di dunia dan di akhirat kelak..Amin..