Diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi bandar raya diraja negeri Terengganu Darul Iman pada 1 Januari 2008 yang lalu.Bandar raya Kuala Terengganu, terletak kira-kira 500 kilometer di timur laut Kuala Lumpur dan mengadap Laut China Selatan.
Bandaraya Kuala Terengganu
Bandar raya ini mempunyai jumlah penduduk seramai 357,256 pada tahun 2007 dan mencatitkan peningkatan pada tahun ini pada kadar seramai 406,317.Peningkatan ini menggambarkan betapa meriah dan menariknya lokasi ini sehinggakan ramai orang menetap di sana.Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya.
PELANCONGAN
>>Terengganu merupakan antara bandar pelancongan popular dan hotelnya mencatatkan kadar penginapan yang tinggi sepanjang tahun.
>>Sekiranya anda berkunjung ke sini,jangan lepaskan peluang untuk melawat lokasi-lokasi menarik yang tersedia seperti Wisma Darul Iman, Kampung Cina, Pasar Payang, Istana, Muzium Negeri, Pulau Duyong dan Kompleks Kraf Noor Arfa.
>>Kuala Terengganu terkenal dengan kraf tangannya, terutama songket dan ukiran tembaga. Produk kraftangan Terengganu menjadi koleksi ekslusif di seluruh dunia.
>>Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayaan seperti tarian ulik mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar, permainan gasing.
>>Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa.
>>Pantai dan Pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, pantai Batu Burok, Telok Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.
Bandar raya Terengganu semakin lama semakin berkembang pesat.Kewujudan bandar raya ini merupakan nadi pentadbiran bagi negeri Terengganu.Ia telah membawa perubahan yang amat besar sama ada dari segi percambahan ekonomi,kepadatan penduduk dan seterusnya akan membawa kepada perubahan taraf hidup rakyat Terengganu sendiri.Dalam usaha memajukan sesebuah negeri,peranan semua orang tidak kira golongan rakyat jelata mahupun pemimpim amatlah penting.Oleh itu marilah kite berganding bahu bagi memajukan negeri tercinta kite ini...Bye2.