Friday, August 20, 2010

RUMAH TRADISI TERENGGANU- RUMAH LIMAS BUNGKUS

Hai, ape kabo semua? semoga sihat dan cergas selalu mengharungi bulan Ramadhan nie yea! Pada kali nie saya ingin membawa anda menyelurusi ramah tradisi Terengganu pula. Di Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu dan salah satunya dipanggil "Rumah Limas Bungkus".


Rumah Limas Bungkus


Rumah Limas Bungkus ini dikatakan berasal dari Belanda dan British. Senibina jenis ini mula diperkenalkan di kepulauan Riau sekitar abad ke-17 hingga ke-19. Pada abad ke-19, ia mula dibina di Terengganu.

Ciri-ciri istimewa rumah jenis ini ialah penggunaan sebatang bumbung yang lurus mendatar dan empat batang perabung menurun ke cucuran atap. Rumah jenis ini menggunakan dinding jenis janda berhias dan pian serta dihiasi dengan ukiran. Ia cukup popular dikalangan raja dan bangsawan. Di Terengganu, terdapat tiga buah istana yang menggunakan rekabentuk ini iaitu Istana Tengku Anjang dan Istana Tengku Long di Besut serta Istana Kolam di Kuala Terengganu.


Rumah Limas Bungkus

Rumah Limas Bungkus ini yang dibina dengan kaedah pasang siap juga turut di hiasi dengan ukiran kayu yang menarik dan mengagumkan oleh tokoh pengukir tempatan iaitu saudara Mohd Salizan bin Hj. Abd Rahman daripada Syarikat Pakatan Jurukir Tradisional Sdn Bhd.


Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri dari pada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerrawang kayu. Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.

Rumah Terengganu dibina daripada kayu cengal, meranti dan kapur. Manakala atapnya daripada atap tanah dan atap genting senggora.

Rumah tradisi negeri Terengganu iaitu "Rumah Limas Bungkus" memang cukup indah serta mampu membuatkan hati kita terpegun apabila melihatnya.Hasil seni pada ukiran kayu di rumah ini sudah cukup menggambarkan betapa hebatnya daya kreativiti dan keunikan pemikiran masyarakat terdahulu.Oleh kite sebagai orang ganu kenalah hargai sumbangan orang dahulu nie dengan memeliharanya....