Tuesday, August 31, 2010

JOM KE PASAR PAYANG

Pada musim puasa ini,mungkin ada masanya anda tercari-cari,dimanakah agaknya terletaknya pasar-pasar yang menarik bagi mencari bahan-bahan makanan untuk dimasak.Jika anda orang Terengganu mungkin anda tidak menghadapi masalah ini.Ini kerana di sini terdapatnya sebuah pasar yang amat terkenal.Pasar yang terletak di tepi Sungai Terengganu ini sangat dikenali dengan nama "Pasar Payang".




Pasar Payang terletak di dalam sebuah bangunan moden yang menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.Barang-barang yang dijual di pasar ini juga amatlah berpatutan.Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan di sini, selain dapat memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini.


BARANGAN:


Bahan-bahan makanan


Baju raya


Kerepek raya


Raya dah tak lama dah nie.Sudah pasti anda juga akan tercari-cari lokasi untuk membeli baju raya yang cantik-cantik buat diri sendiri,anak-anak,keluarga dan suami tercinta.Di pasar ini terdapat pelbagai jenis pakaian lelaki dan perempuan, samaada moden ataupun tradisi masyarakat Terengganu yang dijual pada harga yang cukup murah dan berpatutan.Oleh itu,aa lagi jomlah kita berkunjunglah ke sini....Bye2

PEMANGKU RAJA TERENGGANU

Pada khamis yang lepas iaitu tanggal 28 ogos 2010.Tengku Muhammad Ismail iaitu anakanda baginda Sultan Mizan Sultan Terengganu telah diperkenan untuk dimasyurkan sebagai pemangku Raja Terengganu.


Pemangku Raja Terengganu




Pemasyhuran Tengku Muhammad Ismail, 13, selepas baginda mukallaf iaitu boleh menjalankan tanggungjawabnya sendiri sepanjang Sultan Mizan Zainal Abidin menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini, Tengku Muhammad Ismail adalah Pemangku Raja Terengganu dengan pemerintahan kerajaan negeri adalah di bawah Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.


Istiadat watikah perlantikan ini telah berlangsung semalam,30 ogos 2010 di Istana Maziah,Kuala Terengganu.Watikah pemasyhuran itu telah dibacakan oleh Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud yang disaksikan oleh Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah.


Memandangkan Pemangku Raja Terengganu akan berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, maka Sultan Terengganu berkenan melantik Majlis Perwakilan Pemangku Raja bagi menjalankan kewajipan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang kerajaan negeri Terengganu.Tiga orang yang dilantik sebagai Majlis Perwakilan Pemangku Raja itu ialah Tengku Sri Bendahara, Raja Tengku Mustafa Kamel Sultan Mahmud; Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.


Dalam istiadat yang telah berlangsung itu, baginda sempat memberi ucapan bagi mengingatkan bahawa perpaduan di kalangan pemimpin, kakitangan kerajaan dan rakyat adalah sangat penting untuk merealisasikan agenda pembangunan negeri.Oleh itu, sebagai rakyat Terengganu sama-samalah kita menigkatkan perpaduan tanpa mengira pangkat,warna kulit dan agama bagi merelisasikan hasrat baginda, kearah kebaikan bersama...



Monday, August 30, 2010

MERDEKA..MERDEKA...MERDEKA.

Selamat Hari Kemerdekaan ke 53, Malaysia.

1Malaysia Menjana Transformasi.

Syukur kehadrat Ilahi,sedar tak sedar sekarang dah ke-53 tahun negara kita merdeka.Menjelangnya pukul 12.00 malam pada tanggal 31 ogos setiap tahun kemeriahan hari kemerdekaan dapat dirasai, di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara.Kemerdekaan yang dicapai ini sangat bermakna dan penting kepada keamanan dan kesejahteraan hidup kita daripada dibelengu penjajahan.Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang telah merdeka, haruslah kita mempertahankan kemerdekaan ini samaada terhadap kemerdekaan negara ini mahupun merdekanya minda dan fizikal kita daripada dijajah.







Tuesday, August 24, 2010

NASIHAT - JANGAN MAIN MERCUN

Assalamualaikum...Kepada anak-anak, adik-adik,kakak-kakak dan sape-sapepunlah yeah yang rase die sayangkan nyawa die,  Jangan Main Mercun!!!! Mercun sangat merbahaya tau, walaupun menyeronokkan, tapi itu hanye sementare jew.Kalau kite nak rase keseronokkan berhari raya baik jangan main.Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa, walaupun sudah hampir separuh bulan kite berpuasa.Saya berharap anda dapat menyambut bulan Ramadhan ini dengan penuh kemeriahan disertakan dengan amal soleh.













...""""((-{+))""""...

LAYAR WARISAN DUYONG

Pulau Duyong merupakan sebuah pulau yang mempunyai panorama yang sangat indah dan permai.Lokasi ini amatlah sesuai dijadikan tempat bersantai dan berkelah bersama keluarga hendaknya.Namun, disebalik keindahannya tersingkap seribu rahsia yang mungkin kita tidak ketahui iaitu di sini terdapatnya Perusahaan Membuat Bot Warisan.

Kapal layar warisan

Dalam perusahaan ini, nama Abdullah Muda iaitu anak jati Terengganu, gah dalam ‘dunia’ dan kelasnya yang tersendiri terutama dalam bidang pembuatan bot dan kapal layar.Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Haji Lah,amat terkenal dikalangan peminat kapal layar.


Haji Lah

Abdullah telah menceburi bidang pembuatan kapal layar ini sejak tahun 1958 lagi.Kini beliau telah berjaya menghasilkan puluhan kapal layar selain bot kecil untuk nelayan.Kira-kira 30 buah kapal layar telah beliau hasilkan. Itu tidak termasuk bilangan kolek payang yang dibinanya untuk kerajaan Pusat di Putrajaya.Begitu juga kolek payang untuk kerajaan Terengganu yang setiap sebuah berharga antara RM800,000 hingga RM1.1 juta.Bagi kapal layar pula, ada yang dijual pada harga RM4 juta sebuah.


proses pembuatan kapal layar

Keunikan reka bentuk berasaskan nilai warisan dan tradisional tempatan merupakan faktor utama kapal layar buatan Abdullah terus mendapat perhatian penggemarnya.Keistimewaan kapal-kapal layar yang dihasilkan Haji Lah ialah ia diperbuat tanpa menggunakan paku. Sebaliknya menggunakan skru dan kaedah pasak kayu.Elemen itu diutamakan bagi menjamin kualitinya agar lebih tahan lama. Ia juga untuk mengelak kekaratan sehingga mengundang kebocoran pada kapal.

Kehebatan dan keistimewaan Haji Lah terus menjadi tumpuan dunia. Beberapa negara antaranya Ausralia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Perancis telah menzahirkan minat mereka untuk membuat tempahan kapal layarnya.


 Kampung Pulau Duyong

Walaupun hanya seorang anaknya sahaja yang mengikut jejak langkah beliau,namun Abdullah tetap berbangga dan tidak pernah risau akan kepupusan ilmu kepakaran peninggalan keluarganya itu.Baginya, usaha pelbagai pihak menganjurkan program atau membuka ruang serta peluang untuk melatih golongan muda mengenai kepakaran itu sudah cukup bagi menjamin ilmu yang beliau warisi itu terus kekal zaman berzaman.

Kepakaran yang dimiliki oleh Haji Lah iaitu dalam pembuatan bot dan kapal layar telah menaikkan populariti beliau selain telah menarik lebih ramai pelancong samaada dalam mahupun luar negara untuk datang ke Pulau Duyung.Kepakaran beliau ini perlulah kite hargai dan pelajari agar ia akan kekal sepanjang zaman...Bye2.

Friday, August 20, 2010

RUMAH TRADISI TERENGGANU- RUMAH LIMAS BUNGKUS

Hai, ape kabo semua? semoga sihat dan cergas selalu mengharungi bulan Ramadhan nie yea! Pada kali nie saya ingin membawa anda menyelurusi ramah tradisi Terengganu pula. Di Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu dan salah satunya dipanggil "Rumah Limas Bungkus".


Rumah Limas Bungkus


Rumah Limas Bungkus ini dikatakan berasal dari Belanda dan British. Senibina jenis ini mula diperkenalkan di kepulauan Riau sekitar abad ke-17 hingga ke-19. Pada abad ke-19, ia mula dibina di Terengganu.

Ciri-ciri istimewa rumah jenis ini ialah penggunaan sebatang bumbung yang lurus mendatar dan empat batang perabung menurun ke cucuran atap. Rumah jenis ini menggunakan dinding jenis janda berhias dan pian serta dihiasi dengan ukiran. Ia cukup popular dikalangan raja dan bangsawan. Di Terengganu, terdapat tiga buah istana yang menggunakan rekabentuk ini iaitu Istana Tengku Anjang dan Istana Tengku Long di Besut serta Istana Kolam di Kuala Terengganu.


Rumah Limas Bungkus

Rumah Limas Bungkus ini yang dibina dengan kaedah pasang siap juga turut di hiasi dengan ukiran kayu yang menarik dan mengagumkan oleh tokoh pengukir tempatan iaitu saudara Mohd Salizan bin Hj. Abd Rahman daripada Syarikat Pakatan Jurukir Tradisional Sdn Bhd.


Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri dari pada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerrawang kayu. Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.

Rumah Terengganu dibina daripada kayu cengal, meranti dan kapur. Manakala atapnya daripada atap tanah dan atap genting senggora.

Rumah tradisi negeri Terengganu iaitu "Rumah Limas Bungkus" memang cukup indah serta mampu membuatkan hati kita terpegun apabila melihatnya.Hasil seni pada ukiran kayu di rumah ini sudah cukup menggambarkan betapa hebatnya daya kreativiti dan keunikan pemikiran masyarakat terdahulu.Oleh kite sebagai orang ganu kenalah hargai sumbangan orang dahulu nie dengan memeliharanya....

Thursday, August 19, 2010

KECANTIKAN BUSANA TERENGGANU

Sempena hari raya yang bakal menjelang tiba,terasa pula ingin bercerita mengenai busana pakaian masyarakat Terengganu.Pakaian tradisi masyarakat Terengganu sememangnya sangat cantik dan indah, tambahan pula kalau kena dengan pemakainya.Hasil kreatif daripada seniman-seniman melayu Terengganu dahulu dalam menghasilkan pakaian tradisi in,i memang amat membanggakan kita.

Pada masa dahulu lelaki dari Terengganu memakai Baju Melayu Teluk belanga yang lebih pendek dari sutera Cina atau kain tenun yang dilengkapi dengan samping limar songket atau kain tenun Bugis. Wanitanya memakai Baju Kurung berpesak kembang dari kain sutera Cina atau kain tenun Terengganu berjalur benang emas atau bunga tabur. Selain dari itu terdapat juga pemakaian Baju Melayu Cekak Musang bagi lelaki dan Baju Kebaya bagi wanita.


Lelaki memakai Baju Melayu berbelah depan dipadankan dengan samping songket dan tengkolok. Wanita memakai Baju Kebaya potongan lama dari broked Cina dan sarung songket Terengganu.


Baju Melayu yang dipakai oleh lelaki Melayu di terengganu sejak dahulu dipadankan dengan kain samping pelikat berdagang luar.


Baju moden berkolar tinngi dipadankan dengan seluar yang asalnya disebut sebagai seluar pembesar. Pakaian dilengkapi dengan selempang leher yang juga digunakan sebagai ikat pinggang.


Baju Kurung corak bunga bertabur yang dipadankan dengan kain sarung songket cerah motif teluk berantai ikatan ombak mengalun. Pakaian ini dilengkapi dengan selendang kain renda yang digunakan juga sebagai penutup kepala.


Kebaya pendek kain baldu dipadankan sarung ketat warna-warni menggunakan teknik ikat celup. Memakai kain kelubung selendang lepas.


Baju Kurung Teluk Belanga potongan moden diperbuat dari kain sari. Kain sarung dipakai cara tindih kasih.


Cantik-cantikkan busana Pakaian Terengganu, dengan pelbagai corak dan warna memang sesuai kalau kita jadikan ia pakaian tatkala Hari Raya yang bakal menjelang nanti.Sebagai rakyat terengganu khasnya, marilah kita sama-sama memelihara busana ini agar ia akan kekal sehingga ke anak cucu kita dan tidak hanya ditelan zaman....

Wednesday, August 18, 2010

ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH DARI MUFTI TERENGGANU


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;


i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,


ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,


iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,


Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.


iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]


Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]


v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.


vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.


Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.


Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.


Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy].


Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’.


As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.


vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.


viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.


Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.


Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].


ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].


x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.


Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.


Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.


Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei].

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

PENGINAPAN DI HOMESTAY

Homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup masyarakat di sesebuah tempat yang dikunjungi serta budaya dan adat resam mereka.


 HOMESTAY



Terengganu antara lokasi pelancongan yang menyajikan perhidmatan ini.Antaranya program Homestay Kampung Buluh yang berkonsepkan Pelancongan Desa Lestari iaitu pelancongan yang berasaskan sumber jaya Pelancongan Desa (Rural Tourism).

Prinsip-prinsip pembangunan pelancongan lestari mengambil kira penyertaan komuniti tempatan, penjanaan ekonomi, penjagaan alam semulajadi dan persekitarnya termasuk kebudayaan cara hidup dan warisan. Akhir sekali kepuasan pelancong 'hidup' bersama kami menjadi matlamat utama Program Homestay Kampung Buluh.


Homestay Kampung Buluh terletak di daerah Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia.Jarak dari bandar terdekat ialah bandar Kuala Berang ialah 1.5 km sahaja.





 Aktiviti 

  • Brang Amazon River Safari (Menyusuri Sungai)
  • Mengerau Ikan Sungai
  • Perhanyut Pukat, Menjala dan Memancing
  • Denai Dusun & Makan Buah-buahan tempatan
  • Night Walk (Denai Pinggiran Sungai)
  • Night Safari(Jejak Tuntung Bertelur) - (Feb hingga Mei)
  • Demontrasi Proses Penghasilan Tembakau Kampung
  • Penyediaan Kuih-muih Tradisional
  • Do It Yourself - Lemang / Keropok Lekor / Tapai Pulut
  • Sukan Rakyat


 FOTO
FOTO 1: RUMAH KAMPONG

FOTO 2: MAKAN BERSILA


FOTO 3: MELIHAT PENYU


Rasailah keseronokan melihat pemandangan indah suasana kampung semasa tinggal bersama di rumah keluarga angkat dengan layanan mesra. Anda akan dapat menyaksikan dan melakukan pelbagai aktiviti harian masyarakat kampung.Pelbagai kenangan indah yang tidak mungkin anda lupakan sekiranya anda berkunjung ke sini...Bye2


Thursday, August 12, 2010

DOA DI BULAN RAMADHAN

Firman Allah SWT:- Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir: 60)



DOA BERPUASA SEBULAN


" Yang bermaksud, Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "



DOA BERBUKA PUASA


Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"



Adab :-Doa hendaklah dibaca dengan perasaan penuh rendah diri di hadapan Allah SWT.

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI SELURUH KAWASAN DI MALAYSIA 

Wednesday, August 11, 2010

SINARAN BAZAR RAMADHAN

Ohh seronoknya berkunjung ke BAZAR RAMADHAN.Suasana kemeriahan menyambut bulan ramadhan memang dapat dirasai jikalau kita berkunjung ke mana-mana bazar sekalipun.Bazar ramadhan bukan sahaja memberi peluang kepada para peniaga manambahkan hasil pendapatan namun turut memudahkan umat Islam mencari juadah untuk berbuaka puasa.

Macam-macam ada di bazar, tambahan pula kalau pergi ke bazar ramadhan di negeri Terengganu,berbagai jenis kuih muih, lauk pauk tradisi dan minuman yang susah didapati pada bulan-bulan yang lain boleh dijumpai.


JOM SINGGAH DI BAZAR.........


KEMERIAHAN DI BAZAR


SUNNAH MAKAN KURMA


AYAM BAKAR... YAM-YAM


SEDAPNYA BAU...


BERANEKA KUIH MUIH

PENCUCI MULUT


Saranan!!! Tatkala kite berkunjung ke bazar, melihat berbagai makanan yang enak-enak dan lazat yang boleh menggugat iman kite, janganlah kite  membelinye dengan mengikut hawa nafsu, sebaliknya bersederhana itu amalan mulia....

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN




Ramadhan merupakan bulan yang agung. Bulan penuh berkat yang dengannya 
kaum muslimin bergembira. Dan adalah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya radiallahu'anhum bergembira dengan kedatangannya. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya tentang demikian (kedatangan Ramadhan). Maka apabila kaum muslimin bergembira dengan kedatangan Ramadhan, dan memberikan khabar gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan, di sana satu sama lain saling berbuat demikian, maka tidaklah mengapa yang demikian itu, sebagaimana yang dilakukan oleh para salafus soleh; kerana ianya bulan yang agung, penuh berkat, dan mereka bergembira dengannya kerana padanya terdapat penghapusan kesalahan, pengampunan dosa, dan perlumbaan untuk mengumpulkan kebaikan amalan soleh.Oleh itu,dalam bulan yang penuh keberkatan ini,hargailah ia dengan sebaiknya, dengan melakukan amal ibadat seperti berpuasa di siang hari, solat tarawih dan tahajjud di malam harinya bagi memperoleh keredoan dari Illahi...Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa,,,puasa jangan x puasa tau!!!


 Ramadhan
.......

Saturday, August 7, 2010

ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAT KEBESARAN



Bersempena dengan ulang tahun Hari Keputeraan ke-48 Sultan Terengganu Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin sebuah istiadat pengurniaan darjat kebesaran telah berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu .Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said menerima bintang SSMZ yang membawa gelaran Dato' Seri disempurnakan DYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail di Istana Maziah, Kuala Terengganu



Tujuh penerima yang dianugerahkan darjah kebesaran ialah Tengku Seri Temenggong Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud  menerima Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (S.S.M.T.) yang membawa gelaran Dato’ Seri.Menteri Besar Terengganu Dato’ Haji Ahmad Said menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) yang juga membawa gelaran Dato’ Seri. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah pula dianugerahkan Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (D.S.M.Z.) yang membawa gelaran Dato’.Empat orang dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’.Mereka adalah Mufti Terengganu Dr Alias Abdullah, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu Osman Muda, pegawai pejabat Sultan Terengganu Mohd Yasin Awang dan seorang peguam Zamani Mohamad.

Istiadat pengurniaan darjat kebesaran merupakan salah satu penghargaan diatas jasa dan sumbangan besar yang diberikan oleh seseorang individu terhadap negara, mahupun negerinya.Diatas anugerah yang diterima, ia mampu membakar semangat pengurnia darjat kebesaran ini untuk lebih komutet dalam memberikan sumbangannya.Oleh itu diharapkan jasa dan sumbangan yang diberikan oleh pengurnia darjat kebesaran ini dapat terus disumbangkan untuk kebaikan negara ini mahupun negerinya......

Tuesday, August 3, 2010

ANAK TERENGGANU RANGKUL KASUT EMAS

Bulan Ogos merupakan bulan yang penuh dengan titik-titik perjuangan dan pengorbanan . Dalam bulan yang penuh bermakna ini, kita diperkenalkan lagi oleh seorang wira atau pejuang tanah air yang merupakan anak jati Terengganu.Perancang bola sepak pasukan Terengganu, Mohd. Ashaari Shamsudin telah dipilih selaku pemenang anugerah Kasut Emas  kerana kejayaan beliau menjadi penjaring terbanyak saingan Liga Super musim ini.

Mohd. Ashaari Shamsudin

Ashaari mengesahkan gelaran tersebut selepas merekodkan 18 gol sepanjang 26 perlawa- nan Liga Super musim ini.Kejayaan yang dilakarkan Ashaari itu sekali gus mengetepikan dua pencabar terdekatnya dari Selangor, Safee Sali dan Amirulhadi Zainal yang sekadar berkongsi 12 gol.

Lebih manis, jaringan yang direkodkan Ashaari itu turut membantu Terengganu mengakhiri saingan musim ini ditangga ketiga liga selepas Selangor dan Kelantan terlebih dahulu telah dinobatkan selaku juara dan naib juara.

Pencapaian cemerlang yang ditunjukkan pemain ini sememangnya membanggakan rakyat Terengganu dan beliau wajar dianggap wira atau penjuang tanah air.Sebagai rakyat Terengganu, kite seharusnya mencontohi jejak langkah pemain ini agar dapat manaikkan nama negeri Terengganu yang popular sebagai negeri Sang Penyu.

Sunday, August 1, 2010

DOA PERJALANAN

Melancong merupakan satu aktivi yang amat menyeronokkan tatkala tiba musim  cuti persekolahan, namun sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa mengikut apa yang diajarkan dalam ajaran suci Islam, bagi memperoleh satu perjalanan yang sentiasa dirahmati dan diredai oleh Allah SWT .Antara amalan yang boleh kita lakukan ialah membaca doa sebelum memulakan perjalanan.Di bawah ini,saya ada selitkan satu doa untuk kita pelajari dan amalkan...InsyaAllah.



DOA PERJALANAN

Dengan Nama Allah (semoga) menyertai perjalanan dan selamatnya kendaraan ini. Sungguh, Tuhanku, benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. (Dari Alqur'an Surah Hud 11 : 41)





Artinya :


Dengan memohon pertolongan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Maha Suci Allah yang menganugerahi kami kemampuan memanfaatkan (kendaraan) ini, sedang kami sendiri (tanpa pertolonganNya) tidak mampu menguasainya. Sesungguhnya hanya kepada Tuhan kita, kita pasti akan kembali. Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu, anugerahilah kami dalam perjalanan ini, kebajikan dan ketaqwaan, serta usaha yang Engkau ridhai Ya Allah, mudahkanlah perjalanan ini bagi kami dan perpendeklah jaraknya. Ya Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan, dan Engkau pula Pelindung bagi keluarga. Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kesulitan perjalanan, kesuraman pandangan, serta bencana menyangkut harta dan keluarga.

(Dari Doa Nabi Muhammad SAW)