Thursday, September 30, 2010

SALAM PERPISAHAN

Syukur kehadrat Ilahi di atas keizinanNya membolehkan saya, menyiapkan blog ini.Kepada rakan yang sama-sama dalam perjuangan, saya ingin ucapkan banyak-banyak tahniah dan semoga berjaya dalam mencapai cita-cita di dunia dan diakhirat kelak.Manakala kepada sesiapa saja yang pernah melayari blog ini samaada secara sengaja atau tidak sengaja, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua...Kesempatan ini juga saya nak minta maaf lah di atas segala kelemahan dan kesilapan saya dalam menulis blog ini...seribu kemaafan saya harapkan daripada anda semua, disertai doa untuk kejayaan kita bersama....Bye3






Sunday, September 26, 2010

TELUSURI AKTIVITI KAYAK

Kayak merupakan salah satu sukan atau aktiviti riadah yang cukup menarik.Sukan ini dikatakan dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu dilautan lepas Lautan Artik.


>Kayak di sungai Kuala Terengganu

Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo Roll.

Di Terengganu, antara lokasi yang menjadi pilihan penggemar sukan ini adalah di Kuala Ibai ke Pengkalan Setar iaitu dengan melalui Sungai Terengganu.Lokasi ini digemari adalah kerana sungainya yang bersih serta keindahan panoramanya yang menambat hati.Pada setiap tahun, lokasi ini akan dipenuhi pengunjung, samaada dalam mahupun luar negeri.


FOTO

 >Sesi pengenalan kepada kayak

> Berkumpul sebelum memulakan aktiviti

 >Kayak bermula

>Menyelusuri sungai Kuala Terengganu


Untuk bermain kayak kecekalan mental dan fizikal amatlah diperlukan.Bagi mereka yang masih belum berpengalaman dalam sukan ini,pasti mereka akan berasa takut,tambahan pula sukan ini memerlukan keseimbangan yang baik untuk mengawal kayak mereka.Jika tersalah kendalian pasti kayak akan terbalik.Namun, kebanyakan pemain kayak berkata pada peringkat permulaan memang kita akan berasa takut tapi jika kita sudah biasa pasti kita akan nak bermain lagi dan lagi sukan ini.Inilah keseronokkannya yang hanya dapat kita rasai oleh pemainnya.Oleh itu apa lagi Jom ramai-ramai kita ke sana....Bye3.

Saturday, September 25, 2010

BUDU TERENGGANU


Eemm...Sedapnye budu.Makan tampe budu rasa macam tak sempurne jew! Orang  kata tak kenal maka tak cinta,oleh itu saya nak kabo kat mu semue tentang budu sket.Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.




KHASIAT BUDU

Menurut kajian para ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".


CARA MAKANG

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.Makan ia bersama ulam-ulaman, atau ikan rebus.


PENGUSAHA BUDU

Syarikat Azizah M. Sharif yang mengeluarkan Budu Cap Limau di Kuala Besut ini sudah memasuki era generasi ke-3. Pengusaha awal adalah Puan Azizah @ Mek bt. Abdullah telah memulakan operasi di rumah sendiri sejak tahun 1975 dengan pengeluaran hanya 10 botol sehari. Kini kilang ini telah diambil alih oleh anaknya dan diuruskan oleh generasi cucunya bersama suami dan dibantu oleh 9 orang pekerja.

Proses bermula dengan menjeruk ikan bilis bersama garam selama enam bulan yang kemudiannya ditapis dan dimasak sebelum dibotolkan. Mereka menyediakan dua saiz botol yang kecil dan besar dengan kandungan yang berbeza. Kini setiap hari kilang ini berupaya untuk mengeluarkan 90 - 100 dozen sehari untuk botol besar dan sebanyak 170 dozen botol kecil. Setiap botol yang kecil dijual pada di kilang dengan harga RM6.50 sedozen atau 80 sen sebotol di kedai-kedai dan bagi botol besar pula dijual pada harga RM12.00 di kilang atau RM1.40 sebotol di kedai-kedai.



 CARA MENDAPATKAN
Disebabkan keenakannya,Malaysia, kini di mana-manapun kite boleh dapatkannye tak kira la di kedai, pasar ataupun lebih baik jika kita datang sendiri ke Kelantan mahupun Terengganu bagimendapatkan budu yang benar-benar asli.He3..Bye2.



DESA UKIRAN KAYU ISTANA TENGKU LONG

Desa Ukiran Kayu yang terletak di bina di Kawasan Istana Tengku Long,Pekan Kg.Raja Besut Terengganu, secara rasminya telah dibuka pada 21 Februari 2008 yang lalu.Pembinaan desa ini adalah bertujuan bagi mengekalkan senibina tradisional negeri Terengganu sebagai pusat dinamik perusaan kraftangan.Antara senibina utama di sini ialah rumah-rumah tradisi masyarakat Terengganu seperti rumah potong belanda,rumah limas bungkus dan rumah bujang berserambi selasar.


Rumah Tradisional


Desa yang mula dibina pada awal tahun 2005 ini, mempunyai keluasan kira-kira 3500 meter persegi.Asas pembinaannya adalah berteraskan ukiran-ukiran kayu yang terdapat pada dinding,pintu,tangga dan alangnya. 

Selain itu,Pembinaan Desa Ukiran Kayu ini juga adalah pengiktirafan kepada Besut sebagai Daerah Ukiran Kayu, yang telah diistiharkan pada 12 Ogos 1999 ke atas Pengukir-pengukir di sini.Antara pengukir kayu yang tersohor di Daerah Besut seperti Che Long Bin Yusof, Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) Hj Wan Su Bin Othman (Tokoh Seni Negara 1997) Abd.Rahman Long , Wan Mustaffa Wan Su (Tokoh Seni Negeri Terengganu 2003, Adiguru Kraf 2007) Dan Norhaiza Bin Nordin.


Kursus Seni Ukiran


Dalam usaha mengekalkan seni bina ini pihak Kerajaan negeri telah mengambil langkah bijak dengan membiayai pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang senibina untuk menjalani kursus latihan kraf warisan seni ukiran melayu selama setahun di desa ini.Oleh itu, kepada anak watan negeri Terengganu ambillah peluang ini dengan sebaiknya agar seni warisan negeri kite akan terus bertahan di sepanjang hayat....

Friday, September 24, 2010

KESEDAPAN KUIH PAUH DILAYANG

Kali nie saya nak memperkenalkan kepada anda tentang sejenis lagi kuih tradisional yang amat popular di Terengganu.Kuih ini dikenali dengan nama, 'Kuih pauh dilayang'.Ia dibentuk menjadi kepingan rata tiga atau empat persegi, sebelum dibentuk seperti kelopak bunga, menurut cita rasa pembuatnya.Bentuknya yang unik membuatkan kita tak sabar-sabar untuk memakannya.

Kuih pauh dilayang agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan.Selain itu,ia juga merupakan sejenis kuih yang sesuai dimakan ketika sarapan atau bersama minum petang.



RESEPI


BAHAN-2
  1. 15 biji telur
  2. 600 gm gula
  3. 4 camca tepung gandum 3 helai daun pandan
  4. 4 cawan air

    CARA MASAK

    >>Putar telur hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung ke dalam telur dan gaul rata-rata. Setelah itu, kukus adunan dalam loyang empat persegi hingga masak.Masak gula, air dan daun pandan hingga mendidih dan pekat. Angkat dan sejukkan. Pauh yang telah masak tadi sejukkan. Kemudian dipotong nipis-nipis dan direndam di dalam air gula. Biarkan sampai kembang, barulah diangkat dan toskan sebelum dihidangkan....Slamt mencube.