Saturday, June 5, 2010

MAKAM-MAKAM BERSEJARAH

Pada kali saya akan menceritakan tentang makam tokoh-tokoh negeri Terengganu yang banyak jasanya kepada negeri ini pada suatu ketika dahulu.Antaranya iaitu makam Rok Raja Ri, makam Tok Pauh, Makam Tok Gajah, makam Tok Belian Mahmud, makam Tok Tun Indera serta makan Syarif Muhammad Al-Baghdad.Mereka ini bukan sahaja berjasa dalam mempertahankan keamanan negeri, malah ada juga di antara mereka merupakan Ulama yang mengajar ajaran suci iaitu Agama Islam kepada masyarakat dahulu.

 Makam Rok Raja Ri

Makam ini terletak di Kuala Por kira-kira 2 km dari Bandar Kuala Berang. Beliau berkemungkinan orang yang mengisytiharkan perundangan di Batu Bersurat (Raja Mandalika). Pendapat lain pula menyatakan Tok Raja Ri seorang pendakwah dan Pembesar Istana yang datang bersama Pergisyhtiharan Batu Bersurat.


 Makam Tok Pauh

Nama Tok Pauh yang sebenarnya ialah Sheikh Abdullah bin Abdul Kahar berasal dari Negeri Arab. Beliau ialah bapa kepada Tok Pulau Manis (Sheikh Abdul Malek bin Abdullah). Beliau seorang ulama yang terkenal dan adalah dijangka hayatnya dalam tahun 1960-an. Makam beliau terletak di Kampung Pauh 6 km dari Bandar Kuala Berang.



 Makam Tok Gajah

Nama Tok Gajah yang sebenarnya Iman Rasu bin Shahrum dan gelarannya ialah Orang Kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau ialah salah seorang daripada pahlawan-pahlawan Pahang yang terlibat dalam pemberontakan di Negeri Pahang tahun 1893 - 1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu tahun 1901, beliau meninggal dunia di Kampung Pasir Nering, terletak kira-kira 8 km dari Bandar Kuala Berang.



 Makam Tok Belian Mahmud

Tok Belian Mahmud dipercayai seorang pembesar dan pemerintah di Tersat. Beliau juga seorang pahlawan yang datang bersama Sultan Zainal Abidin 1 pada tahun 1726 M. Makam beliau terletak di Kampung Kemat kira-kira 13 km dari Bandar Kuala Berang.



Makam Tok Tun Indera

Tun Indera dipercayai seorang pembesar dan pemerintah Daerah serta seorang pahlawan yang datang semasa perlantikan Sultan Zainal Abidin 1 di antara tahun 1726 M. Malam beliau di Kampung Kuala Menjing, Tersat kira-kira 9 km dari Bandar Kuala Berang.



 Makan Syarif Muhammad Al-Baghdad

Makam tersebut terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, di tebing sebelah kiri mudik ke Empangan Kenyir tidak jauh bersetentangan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab dan dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu. Beliau juga merupakan moyang kepada Tok Pulau manis ( Syeikh Abdul Malek bin Abdullah )

Jasa dan sumbangan mereka terhadap negeri ini cukup besar dan mestilah dihargai oleh generasi kini.Oleh itu, mari berkunjung ke sini agar jasa dan pengorbanan mereka terpahat di hati kita bersama...