Thursday, April 29, 2010

OH HOI ! CEK MEK MOLEK



Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di negeri Terengganu.Selain amat popular di negeri Terengganu kuih ini juga telah dipopularkan oleh Datuk M.Daud Kilau apabila beliau menjadikan "Cek Mek Molek" sebagai judul lagunya.Lagu ini menjadi salah satu lagu yang telah menaikkan nama beliau sebagai penghibur tanah air.

Kuih Cek mek molek digelar sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan licin - molek. Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Sekiranya tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya mudah tumpah atau memancut.Kuih ini sesuai dimakan pada waktu pagi mahupun petang.Di bawah ini saya ada selitkan tip membuat kuih tradisi turun-temurun masyarakat terengganu ini...




Bahan-Bahan:
  • Ubi keledek
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Air minyak (untuk mengoreng)
  • Gula


Cara:

1. Rebuskan ubi keledek dengan sedikit garam sehingga lempuk.
2. Buangkan airnya dan lenyek sehingga lumat.
3. Gaulkan dengan tepung gandum.
4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir dalamnya dan bentukkan memanjang supaya nampak bujur.
5. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga kekuningan.
6. Angkat kueh dan toskan minyak. Hidangkan....Selamat menjamu!!!