Wednesday, April 28, 2010

BAS BANDAR UKIRAN KAYU


Adakah anda pernah melihat bas yang diperbuat daripada ukiran kayu? Jika pernah, adakah anda pernah menaikinya atau mencubanya? Bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar yang penuh sesak dengan berbagai jenis kenderaan awam, mungkin juga tidak pernah melihat kenderaan yang sangat unik ini.Namun Jika ke Kuala Terengganu inilah kenderan awam yang disediakan untuk membawa kita ke destinasi sekitar daerah ini...

Pada 27 Ogos 2007 yang lalu, sejajar dengan pembangunan di Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar raya, perkhidmatan bas dikenali sebagai Bas Bandar yang diperkenalkan bagi meningkatkan industri pelancongan.


 Tarikan utama pelancong di sini.



Bentuk dalaman yang selesa dan unik


Perkhidmatan bas kendalian Cas Ligas Sdn. Bhd., anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PMINT) bukan sahaja akan menjadi tarikan pelancong namun berkhidmat sebagai pengangkutan awam alternatif untuk penduduk.

Tambang sebanyak RM1 dikenakan untuk laluan dari pusat bandar ke Chendering dan laluan ke TTI manakala RM2 untuk perjalanan ke Batu 6 sehingga Gong Badak.Untuk laluan ke Batu 6 sehingga Gong Badak, bas akan singgah di Pulau Duyong dengan caj tambang RM1 dan jika penumpang hendak ke Batu 6 atau Gong Badak, mereka perlu bayar RM1 lagi.Perkhidmatan turut mengenakan caj serupa ke atas penumpang yang berusia 7 tahun ke atas.

Pada awal penubuhan perkhidmatan ini terdapat enam buah bas bandar disediakan dan jika mendapat sambutan, kenderaan itu mungkin ditambah pada masa akan datang demi kemudahan dan keselesaan orang awam.

Setiap laluan akan membabitkan enam trip pada setiap hari mulai pukul 9 pagi hingga 7 malam untuk laluan ke Chendering dan Gong Badak dan dari pukul 11 pagi hingga 4.30 petang untuk ke TTI. Setiap bandar juga akan dilengkapi dengan Electronic Ticketing Machine bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai untuk membayar tambang perjalanan.Sistem itu adalah yang pertama diperkenalkan oleh syarikat bas di negeri ini dimana fungsi dan penggunaannya adalah sama seperti yang digunakan oleh syarikat bas besar dan terkenal seperti RapidKL, Mara Liner, Nadi Putra dan sebagainya.

Dalam pada itu kira-kira RM250,000 diperuntukkan untuk membina 50 hentian bas di sekitar laluan-laluan pengangkutan awam tersebut.Hentian bas ini akan turut menyediakan panduan kepada laluan bas dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi memudahkan orang awam serta pelancong.Selain itu,maklumat pelancongan seperti risalah mengenai tempat menarik dan destinasi pelancongan termasuk inap desa di dalam bas untuk pelancong di negeri ini juga disediakan.

Bas bandar di Kuala Terengganu


Pengalaman menaiki sebuah bas yang diperbuat daripada ukiran kayu merupakan suatu pengalaman yang cukup berharga.Bukan mudah untuk kita dapat melihat dan menaiki bas yang diperbuat daripada ukiran kayu pada zaman yang serba canggih ini.Oleh itu marilah kita sama-sama ke Kuala Terengganu, kerana di sinilah satu-satunya tempat untuk kita merasai keunikan bas ukiran kayu ini.....Bye2..